ONEXOX
BannerFans.com

MB nasihat peniaga Uptown Dataran Senawang ikut arahan

on Thursday, August 13, 2015



SEREMBAN- Peniaga di Dataran Senawang di sini, dinasihatkan supaya mengikut arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengosongkan tapak gerai di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri mempunyai perancangan tersendiri terhadap tapak tersebut dan meminta kerjasama daripada peniaga agar mengikut arahan dikeluarkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

"Arahan pengosongan ini bukan arahan baru tetapi sudah lama kerana mereka berniaga tanpa permit. Mereka mula berniaga dari Bazar Ramadan tiga tahun lepas dan minta sambung untuk hujung minggu sahaja dan selepas itu kekal sampai sekarang.

“Macam-macam masalah di situ, antaranya masalah lalu-lintas dan ramai peniaga asal telah keluar kerana bayaran sewa yang dikenakan penganjur terlalu mahal,” katanya kepada media pada Majlis Jamuan Raya Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) di Dewan Pekerti, di sini, semalam.

Mohamad berkata, kerajaan negeri akan membuat bancian terlebih dahulu sebelum membuka kawasan tapak perniagaan yang baharu.

“Saya nasihatkan kepada peniaga keluar dulu, kita buat bancian dan ambil nama peniaga tempatan sahaja kerana ada yang sewakan kepada orang luar.

“Kita ada rancangan sendiri untuk tempatkan semula peniaga yang benar-benar layak sahaja,” katanya.

Mohamad berkata, peniaga tidak perlu ‘berlaga-laga’ dan cabar-mencabar dengan kerajaan kerana ia tidak mendatangkan faedah.

“Kerajaan negeri sentiasa ambil berat masalah peniaga ini. Bagi kita tutup dulu dan lihat apa yang boleh kita buat. Nasihat saya kepada mereka ikut arahan dan kita akan buat yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan keluhan peniaga di Dataran Senawang di sini yang diarahkan agar mengosongkan tapak perniagaan mereka sehingga esok.

Notis daripada MPS yang diterima 31 Julai lalu itu memberi tempoh 14 hari kepada para peniaga untuk membersih dan mengosongkan tapak yang disewa sejak tiga tahun lalu itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved