ONEXOX
BannerFans.com

NAJIB MINTA 6 BULAN TAK LEBIH KURANGKAN BEBAN HUTANG 1MDB. BOLEH?

on Saturday, August 1, 2015



SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najbi Razak meminta masa selama enam bulan bagi mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berjalan.

Beliau yang menjawab pertanyaan dari Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pelan pengurangan hutang 1MDB itu sudah bermula setelah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB.

"Memang ada program kurangkan hutang. Saya minta masa enam bulan," katanya pada mesyuarat agung tahunan UMNO bahagian Seremban hari ini.

Jelas Najib, bebanan hutang 1MDB tidak boleh berkurangan secara tiba-tiba "esok'. Apa yang penting adalah, perbincangan telah dibuat dan Emir Qatar telah menyatakan minat mereka untuk membeli tanah di Bandar Malaysia, selain dari Duta China yang juga melahirkan minat yang sama.

Dengan perkembangan itu sudah terbukti bahawa perancangan untuk memulihkan 1MDB sudah ada.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved