ONEXOX
BannerFans.com

Tiada pertukaran MB Negeri Sembilan, jangan buat spekulasi!

on Saturday, August 1, 2015



BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi ‎berlaku pertukaran menteri besar di beberapa negeri.

Menurut beliau, spekulasi yang timbul tidak benar malah pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pengerusi-pengerusi Perhubungan Umno Negeri malam tadi tidak langsung menyebut tentang pertukaran menteri besar.

"Saya tidak mahu mendahului perdana menteri dalam membuat keputusan, tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan di mana-mana negeri.

"Jangan timbulkan sebarang spe‎kulasi mengenainya," katanya kepada media sempena Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh di Wisma Umno Bagan Datoh, Hutan Melintang, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas spekulasi kononnya beberapa menteri besar yang dikatakan akan digugur antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved