ONEXOX
BannerFans.com

'NAJIB, PM YANG TERBAIK DARI SEBELUM INI'

on Tuesday, August 11, 2015



KUALA LUMPUR - 'Jilat' dan 'Bodek'. Itulah yang dilabelkan netizen terhadap kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan tiada seorang pun daripada lima Perdana Menteri Malaysia yang memberikan perkhidmatan, bantuan, buah fikiran dan kerjasama yang lebih mantap melainkan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, itulah adalah hakikat yang harus diterima oleh rakyat dan dia turut menegaskan kenyataan itu dibuat bukan kerana ada agenda tertentu.

"Itu fakta, saya tidak kata perkara ini untuk tujuan tertentu. Perkara itu sangat jelas kepada Sabah dan Sarawak dalam sokongan kepada Perdana Menteri.

"Inilah yang kami tunggu dan idam-idamkan berpuluh-puluh tahun sejak merdeka. Satu pendekatan terbaru Perdana Menteri untuk memberikan kuasa-kuasa autonomi yang berpatutan.

Terdahulu, Najib semalam berkata akan lebih banyak kuasa pentadbiran membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam usaha meransang pembangunan di kedua-dua negeri itu.

Menurut Najib, inisiatif itu akan mampu meningkatkan sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menyelesaikan masalah pertindihan kuasa yang sering berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan kelewatan sesebuah projek pembangunan yang dilaksanakan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved