ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA SEBENAR MAJALAH UJANG & APO? TERPAKSA DIHENTIKAN TERJAWAP AKHIRNYA

on Thursday, August 6, 2015



Salam,

Dengan perkembangan baru hari ini, ramai yang bertanya melalui inbox dan komen-komen. Inilah kisah yang ingin saya kongsikan.

Alhamdulillah, berkesempatan bertemu sahabat-sahabat dan karyawan-karyawan di MOY Publication siang tadi. Masing-masing masih mampu berjenaka dan redha dengan ketentuannya. Semoga semuanya bakal sukses dan berjaya dengan halatuju masing-masing selepas ini. InshaAllah.

Saya sempat berdiskusi dengan Pengarah Urusan, Mr Boy (Tuan Yusof Huzairy) cuba bertanya sebab-sebab keputusan drastik tersebut. Dengan berat hati beliau menyatakan, dengan trend yang ada sekarang, kos operasi yang besar tidak mampu menampung penerbitan majalah secara fizikal untuk jangkamasa yang lama. Dengan nilai ringgit yang semakin jatuh, kos kertas yang melambung, GST dan trend pembacaan terkini yang lebih ke arah digital, dunia penerbitan majalah secara konservatif sedang mengalami kemuncupan.

Walau bagaimanapun, beliau sedang mengusahakan satu rangka perancangan melalui Bekazon (laman web online) untuk para peminat kartun majalah APO? dan Ujang untuk terus menikmati karya-karya mereka secara online selagi permintaan menggalakkan. Ruang ini bakal dibuka bukan sahaja kepada pengkarya-pengkarya yang sedia ada, tetapi juga kepada yang baru dan berpotensi.

Sejumlah pampasan RM1.7 juta) juga sudah diperuntukkan sebagai saguhati kepada kakitangan yang tidak bernasib baik. Kepada pengkarya-pengkarya yang masih berminat untuk berkolaborasi dengan projek Bekazon, beliau sangat dialu-alukan. Namun begitu, keputusan adalah di tangan individu-individu pengkarya itu sendiri. Segala-galanya akan ada proses perbincangan agar tiada pihak yang teraniaya.

Buat masa terdekat ini, saya bakal berehat dari berkarya secara serius buat sementara. Mungkin sudah penat sikit. Harap-harap dapatlah fokus sedikit buat kajian tentang trend penerbitan terkini.

Amatlah besar harapan saya diberi kemaafan jika sepanjang saya berkarya di Majalah APO? dan Ujang, ada terkasar bahasa, hati yang tersentuh, jenaka yang kurang bagus dan kesalahan-kesalahan lain yang saya tidak sedari. Semoga pengalaman yang manis dikongsi bersama, yang pahit kita renungkan sebagai pengajaran.

Diharapkan sepanjang 17 tahun berkarya di Majalah APO? sedikit sebanyak ada sumbangan kami bagi memeriahkan dunia industri komik tempatan.

Insha Allah, ini mungkin sementara. Jika ada rezeki berkarya di kesempatan yang lain, saya akan umumkan buat semua. Bertemu lagi kita ya.

Terima Kasih
Wasallam

Adios Pronto

KARTUNIS SIREH

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved