ONEXOX
BannerFans.com

'SAYA TAK TAHU SIPUT ESCARGOT HARAM DIMAKAN' - NEELOFA

on Wednesday, August 5, 2015



Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Neelofa, memuat naik gambar hidangan siput Escargot di laman Instagramnya.

Akibatnya, Neelofa dikritik dan peminatnya berbalah sesama sendiri demi mempertahankan tindakan Neelofa yang termakan hidangan haram itu.

"Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan di antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum.

"Kalau saya tahu status halalnya meragukan, tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu," katanya yang mengakui menjamah siput berkenaan kerana sejak dari kecil dia dimaklumkan bahawa ia boleh dimakan.

Menurut laman e-Fatwa mengesahkan, siput Escargot adalah haram dimakan oleh umat Islam.

Sebelum ini, Neelofa pernah menegur followersnya di Instagram agar jangan berlagak bodoh sombong.

"Menegur, tak perlu nak jadi ustaz atau ustazah nak tegur. Tapi yang berlagak bodoh sombong itu memang kelakar. Dahlah tak tahu, tuduh orang macam-macam. Diam-diam sudahlah," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved