ONEXOX
BannerFans.com

VIDEO LELAKI TAWAF KAABAH GUNA HOVERBOARD TERSEBAR

on Monday, August 31, 2015



MAKKAH - Video seorang lelaki menggunakan hoverboard sedang tawaf di Kaabah, tersebar dan menimbulkan persoalan ramai apakah perbuatan itu dibenarkan dalam Islam.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan melakukan tawaf sebagai satu daripada Rukun Umrah dan Haji, tersebar di laman sosial.




Netizen berpendapat, jika lelaki itu sihat tubuh badannya, adalah wajar dia berjalan kaki untuk menunaikan ibadah itu.

"Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri," lapor portal Al Marshad.

Menurut netizen, penggunaan hoverboard sepatutnya diharamkan kerana kebiasaannya orang ramai yang tawaf mengelilingi Kaabah dan menumpukan solat kepada Allah.

"Tetapi lelaki ini menggunakan hoverboard dan terpaksa memfokus untuk mengimbangi dirinya agar tidak terjatuh," kata netizen.

Justeru, ramai yang melahirkan rasa kebimbangan penggunaan hoverboard akan menjadi satu trend di Masjidil Haram.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved