ONEXOX
BannerFans.com

VIDEO SAYU: Ahmad Maslan Kena 'Boo' Dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian

on Sunday, August 16, 2015



Beredar di laman sosial semalam sebuah video yang menunjukkan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin berucap di dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian.

Namun apa yang mengejutkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan telah di 'boo' oleh perwakilan yang hadir dalam mesyuarat berkenaan walaupun Ahmad adalah timbalan bahagian kawasan itu.

Manakalah sambutan perwakilan terhadap Muhyiddin pula disambut baik di mana semasa ucapan beliau diberikan tepukan dan laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali.

Berdasarkan video, Ahmad telah di 'boo' perwakilan ketika Muhyiddin menyebut nama beliau semasa memberikan ucapan mengucapkan tahniah kerana dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bagaimanapun Muhyiddin dilihat cuba menyelamatkan keadaan dengan berkata "Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'."

Kemudian selepas mesyuarat selesai, Ahmad telah ditanya oleh wartawan Malaysia kini mengenai kejadian tersebut dan beliau hanya menjawab "Dua orang saja kan?" sebelum beredar.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved