ONEXOX
BannerFans.com

Kisah Duit Nafkah Dari Suami, Anugerah Terbaik Dari Tuhan Kepada Seorang Isteri

on Thursday, September 3, 2015



Adalah menjadi tanggungjawab suami di dalam rumah tangga untuk menyediakan keperluan harian kepada isteri dan anak-anak. Menjadi tanggunjawab suami juga memberikan nafkah kepada isteri walaupun isteri mungkin bergaji lebih besar daripada suami.

Nafkah perlulah difahami terlabih dahulu, dari segi bahasa, nafkah bermaksud sesuatu yang dibelanjakan sehingga habis tidak tersisa.

Dari segi syari’at pula adalah mencukupkan keperluan terhadap tangungannya baik dari segi makanan, minuman, pakaian, perbelanjaan dan tempat tinggal.

Walaupun tanggungjawab si suami perlu menyediakan semua ini tapi jika mampu tidak menjadi kesalahan untuk isteri sama-sama mengeluarkan wang perbelanjaan lebih-lebih lagi dengan zaman sekarang semua barang mahal.

Ini sudah pasti akan membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.

Semalam tersiar di laman Facebook, apabila seorang isteri bernama Mona Binti Din ,43, menceritakan kisah romantiknya dengan suami walaupun sudah 24 tahun berkahwin di mana si suami sentiasa mengutamakannya dalam pelbagai perkara.

Admin sendiri rasa kagum dengan suami Puan Mona, Encik Zulkefli Muhamad Ali, 52, mana tidaknya segala wang pendapat puan Mona diserahkan kepada suaminya untuk diuruskan dan kepercayaan puan Mona tidak disia-siakan oleh suaminya apabila menguruskan kewangan tersebut dengan baik sekali.

Tahukah anda siapa Puan Mona Din ini? beliau mempunyai tiga perniagaan perniagaan besar dimana dia adalah pengasas dan pemilik syarikat produk kesihatan Leesa Formula, lapan buah pusat kecantikan Serenity Spa dan enam butik pakaian muslimah Hajaba.

Mari kita baca kisah penuh yang baik untuk dijadikan contoh oleh pasangan suami isteri lain atau mereka yang akan melalui alam rumah tangga.



Seperti hari-hari lain, setiap hari atau berselang, telah selama 24 tahun, sejak malam akad nikah kami 15 Februari 1991, inilah yang sering berlaku di setiap pagi.

Samada saya melihat ada duit terselit celah beg tangan atau saya melihat dompet saya ternganga, disumbat beberapa keping note RM,di dalamnya.

Saya ingat sebaik bernikah, saya serahkan kad ATM saya kapada Mr Hubby, degan kata-kata paling tulus, ini kad gaji saya. Saya minta awak uruskn kewangan kita berdua dan keluarga kita, bila ada anak-anak nanti buatlah dengan baik dan amanah. Awak khalifah saya, saya akan patuh pada awak. Kalau saya perlu duit, saya akan minta dari awak...

Sejak itu sudah menjadi amalan Mr Hubby akan menjengok purse saya setiap hari. Kalau masih banyak bersisa, dia tidak menambah, tapi kalau dia tengok dah bekurang, dia akan masukkn sedikit lagi.

Dan menjadi amalan saya pula, kalau memerlukan sedikit wang lebih, saya akan memaklumkan kepada dia. Sebagai contoh, hari ini saya ada meeting dengan client di Starbuck. Mungkin saya yang kena bayar. Suami akan menghulur tambahan sekeping dua lagi tanpa pernah merunggut atau mengeluh.

Sepanjang saya bekerja makan gaji, selama 16 tahun di Karangkraf, dari belum beranak sehinggalah mempunyai 6 cahaya mata, saya sangat bersukur yang hidup kami anak beranak sempurna dan selesa.

Sejak bernikah, saya tidak pernah mengambil tahu hal kewangan keluarga. Suami yang menguruskan kesemuanya. Dari hal membayar semua bil, menabung, hinggalah perbelanjaan dapur semua.

Saya juga sudah tidak pernah mengeluarkan wang dari ATM. Sehingga sekarang, jangan disuruh, saya memang tak tahu sebab dah lupa. 

Apabila kami berniaga bersama-sama dengan Leesa Formula, Serenity Spa & Hajaba, amalan suami menguruskan kewangan keluarga berterus ke perniagaan pula. 

Walaupun orang selalu kata saya jutawan, wang belanja saya yang ada di dalam purse dan beg tangan saya, suami tetap masukkan not ringgit setiap pagi juga.

Amalan yang sama semenjak 24 tahun yang lalu.

Walaupun orang berkata saya jutawan, sejujurnya saya tidak pernah mengambil tahu berapa wang yang ada di dalam akaun peribadi saya.




Cuma sesekali, suami memanggil saya dan ditunjukkan buku bank saya, semua penyata akaun bank, dia perlihatkan geran-geran kereta dan hartanah saya atas paksaan agar saya tahu apa yang saya ada. Semuanya telah cantik diuruskan oleh suami untuk saya.

Dia juga tetap mahu saya mengetahui bahawa di dalam setiap akaun bank mahupun akaun tabung haji saya, simpanan untuk saya melebihi sebanyak 30% berbanding dirinya. Itu kehendak dan apa yang dilakukannya itu tanpa berunding pun dengan saya. Dia yang membuat keputusan sendiri, semua harta sepencarian kami, milik saya melebihi dia.

Selalunya saya buat acuh tidak acuh saja. Saya tengok semua itu sambil tergelak-gelak saja. 

"Kenapa buat macam tu? Saya bukan mata duitan,"

Suami berkata, itulah ikrar dia pada dirinya yang dia mahu melebihkan saya kerana dia menghargai kepercayaan yang saya berikan pada dia. 

Begitulah, mempercayai dirinya, memuliakan dirinya dengan membiarkan dia yang mengurus wang saya agar dia tidak perlu merendahkan harga dirinya meminta wang untuk bersama-sama membina keluarga dari seorang isteri.

Juga agar dia merasa seolah-olah semua wang kami berdua adalah miliknya hingga dia bebas berbuat apa jua keputusan dalam menguruskannya. Mungkin diberkati Allah hingga memberi kami berdua rumahtangga yang aman dan rezeki yang melimpah.

Sehingga ke hari ini saya rasa sungguh syahdu menerima setiap huluran wang darinya walaupun wang itu sebenarnya adalah wang saya. 

Saya juga masih meneruskan amalan saya dan tidak akan sesekali membeli sesuatu barangan tanpa meminta izin daripada suami. 

Terima kasih Allah kerana mengajar saya berlapang dada dalam menghormatinya, seorang suami, anugerah terbaik Allah buat diri saya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved