ONEXOX
BannerFans.com

LETUPAN MISIL TIDAK MEMBUNUH PENUMPANG MH17

on Tuesday, October 13, 2015



The Hague: Letupan kepala peletup peluru berpandu di sisi muncung pesawat hanya membunuh tiga krew dalam kokpit pesawat MH17 milik Malaysia Airlines manakala krew lain serta penumpang mati akibat perubahan tekanan dalam pesawat yang menjunam, kekurangan oksigen, kesejukan melampau, tiupan angin yang kuat serta terkena objek berterbangan.

Bagaimanapun laporan rasmi Lembaga Keselamatan Belanda menambah, ‘tidak boleh mengenepikan kemungkinan ada penumpang yang masih sedar dalam tempoh antara 60 hingga 90 saat sebelum pesawat terhempas’.

Secara tidak langsung ia menunjukkan ada penumpang atau krew yang masih hidup ketika pesawat terhempas.



MH17 Animation

Animasi yang dikeluarkan oleh Belanda yang menunjukkan laluan peluru berpandu yang menembak jatuh MH17.

Posted by My Media Hub on 13hb Oktober 2015


Namun, menurut laporan itu mangsa yang masih sedar tidak dapat berbuat apa-apa dan tiada tanda menunjukkan ada penumpang atau krew boleh berfikir dengan tenang seperti menghantar pesanan menggunakan telefon bimbit. Seorang penumpang didapati memakai topeng oksigen walaupun tidak dapat dipastikan bagaimana topeng berkenaan diperolehi.

Menurut laporan hasil siasatan penyiasat antarabangsa selama 15 bulan itu, kepala peluru berpandu meletup tidak sampai satu meter dari kokpit di sebelah kiri pesawat, membunuh tiga krew di dalamnya serta menyebabkan muncung pesawat pecah.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Safety Board, berkata siasatan itu mengesahkan kepala peletup peluru berpandu yang mengenai pesawat MH17 ialah dari sistem peluru berpandu udara ke bumi BUK.

Menurutnya, serpihan peluru berpandu ditemui dalam tubuh krew kokpit serta kesan cat membolehkan penyiasat mengesahkan peluru berpandu itu ialah BUK yang dibangun dan dikeluarkan Russia.

Joustra berkata, tragedi itu boleh dielakkan jika pihak berkuasa Ukraine yang sebenarnya mempunyai sebab kukuh, menutup ruang udara di kawasan berkenaan tetapi tiada siapa menyangka ia mengancam penerbangan awam.

"Kami memutuskan sebagai langkah berjaga-jaga, ada sebab mencukupi untuk pihak berkuasa Ukraine sepatutnya menutup ruang udara di timur negara itu,” katanya.

Pada sidang media mengumumkan laporan hasil siasatan itu, pasukan penyiasat turut menunjukkan muncung pesawat MH17 mengandungi kokpit dan ruang penumpang kelas bisnes yang dicantum kembali menggunakan serpihan pesawat yang ditemui di lokasi nahas.

Lembaga itu menyatakan peluru berpandu ditembak dari satu lokasi dalam kawasan 320 kilometer persegi namun enggan menyatakan lokasi yang tepat. Bagaimanapun, seluruh kawasan itu berada di bawah kawalan pemberontak Ukraine pro-Russia ketika tragedi MH17 pada 17 Julai 2014.

Russia menegaskan jika pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu, senjata itu dilancarkan oleh tentera kerajaan Ukraine.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved