Bacalah rakyat Malaysia supaya kalian menjadi manusia berfikir dan keluar dari zaman kebodohan.
Buat yang suka menghina dan hidup penuh dengan makian, pernah tak ambil tahu menteri korang bayar zakat atau tidak? Kalian melenting bila baginda membeli truck untuk kegunaan meninjau rakyat. Tetapi baginda bayar zakat 10 kali ganda dari harga truck tersebut setiap tahun.
Duit dari baginda bukan dari keuntungan Petronas, Tol dan GST, mereka adalah yang terawal dalam menjaga rakyat termasuklah menentang GST. Lebih awal dari pemimpin politik.
Aku ingat lagi, Permaisuri Sultan sanggup membantu pelajar-pelajar di luar negara yang susah akibat kejatuhan nilai ringgit akibat kebodohan pemimpin kita.
Buat rakyat Johor khususnya dan Malaysia umumnya, berbanggalah kalian menjadi rakyat Johor. Pertahankanlah negera dan Sultan korang dari anasir jahat yang dibayar untuk menjatuhkan pemimpin Islam tidak kiralah mereka dari kalangan menteri penguasa, peguam dan rakyat biasa. Jika ada yang mahu menjatuhkan pemimpin Islam kamu, bangki dan lawan musuh-musuh ini.
Sepanjang aku belajar dan mengkaji sejarah, kerabat dari keturunan Johor ini terkenal dengan sikap suka berniaga. Itu yang mereka warisi sejak zaman berzaman. Perniagaan menjadi warisan mereka bukan sekadar harta.
Contoh terdekat bagaimana Tengku Mahkota Johor menaikkan imej sukan bola sepak negara yang lemau dan lemah menjadi semakin diminati. Ini satu perniagaan yang luar biasa bagi saya. Daripada saya tidak berminat membeli tiket ke stadium terus menjadi peminat bola sepak tanahair. Daripada stadium kosong, pegang menjadi ramai. Macam mana aku tahu? Sebab aku mengikuti perjalanan bola sepak dari Dolla hSalleh menjadi pemain Pahang sampailah beliau menjadi jurulatih negara.
Pada waktu itu, umurku baru mencecah 12 tahun. Bagi aku, ini salah satu perniagaan dan pelaburan TMJ yang berjaya.
Jadi memang layaklah Sultan dan rakyat mereka hidup mewah. Pertahankanlah Sultan kamu, Ali Mohd Ismail dan sahabat-sahabat aku sekalian. Biar dikeji mempertahankan maruah dari dikeji menggadaikan maruah.
Apa-apa pun tahniah buat kalian rakyat Johor dari aku. Kenapa kalian masih tidur lena membiarkan semua kebodohan ini berjalan? Bagaimana aku boleh rasa dukacita orang luar menghina Sultan kamu? Sedangkan kamu ketawa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Jangan dibandingkan Sultan dengan dengan sahabat-sahabat nabi kerana mereka dilahirkan dan dipilih hidup bersama nabi. Tak ada manusia boleh dibandingkan dengan mereka. Bagi saya sekurang-kurangnya baginda Sultan sudah melakukan kewajipan dan yang terbaik untuk rakyat dia.
Petronas, sejak ditubuhkan sehingga sekarang dimaklumkan menteri tidak pernah membayar zakat. Jadi kenapa perlu begitu marah pada Sultan Johor ini?
RM12 juta 500 zakat untuk rakyat Johor. Bermula dari hanya RM1 juta sahaja.
Daulat Tuanku,
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment