ONEXOX

HOSPITAL KUALA PILAH TERBAIK!

on Friday, November 20, 2015



Kesian Hospital kesayangan den ni kena VIRAL .
Terkesan dengan 1 komen yg mengatakan.. kalau benda buruk cepat je diviralkan.. kalau depa buat kebaikan tak de pula di Viralkan..

Kita throwback balik Jom...

2 kali dah den bersalin kat Hospital ni..
Pertama normal 2012.. Alhamdulillah bagus layanannya. Masa ni ward 9 teratai Kelas 1. Cuma Duk bilik sorang.. tunggang terbalik sakit sorang.. nurse tak nampak.. nak tekan loceng pon tak larat. Tak de sapa nak sembang macam duk dalam bilik kebal gitu.

Kedua
2015 ceaser pon bagus juga layanannya..
Ni masa bersalin kemba.. doktor wad 10 Kenanga semua bagus2 belaka. Dapat pulak adik2 praktikal.. lagi havoc kalau siang nak jagakan twin.

Bila malam nurse senior ( tua juga ) yg tetap tu lagi teliti dok layan den.. 1st day.. setiap minit dia.jenguk dok salinkan berak kencing baby.. dodoikan baby.. masa tu second baby asyik nangis je.. nak peluk.. sampai nurse kata.. janganlah adik nangis sayang.. sian kat ibu awak n abg awak..
Masa 1st day tu memang den tak kuat langsung.. 6 jam lepas bedah.. terus separa pengsan dah.. tapi kena sedarkan juga.. sebb baby ada sekali dah. Alhamdulillah diorang sihat x kena tahan.
Terus ikut balik ward 10.

Semua baik2 belakalah diorang ni. Bancuhkan milo..
Suapkan biskut..
Sikatkan rambut
Ikatkan rambut kasi kemas
Tukarkan pampers baby dengan kita2 sekali.
Rasa segan dengan diorang..
Bila malam tu ada sorang nurse sweater pink.. selalu tolong. Lupa tanya nama. terharu. Siap dia suruh den tido dulu.. dia ambilkan dua2 baby bawa ke kaunter depan jagakan.. kebetulan kain bedung bayi tak bawa banyak yg ada dah kotor terkena najis baby.. dia ambilkan yg hospital punya balutkan.. dan kasi extra blanket. Dia ajarkan cara susu bayi secara serentak "double football".katanya selagi den tak pandai susu bayi secara serentak hospital x benarkan discaj.. gigihlah dia bantu , support kiri kanan dengan blanket tebal.tq banyak2 dik. X sempat nak wish tq sebb dia shif malam. Akk kuar dah tengahari.

Masa bersalin kali ni.. semua dapat dr perempuan.. Alhamdulillah. Tapi malu pon tetap ada lagilah juga.. jahit pon cantik .

Semua peramah. Sampaikan mak cik cleaner orangnya bisu.. suka sangat temankan dan tolong aku nampak aje pampers sudut katil terus buangkan .. cakap2 walaupun aku tak faham dan anguk2 je. pantang dia terluang sikit dia datang kat aku. Sampai tak larat nak senyum..sbb khayal kesan ubat.

Dr kata aku ceria..nurse kata aku suka senyum.. bila geng pakar datang.. aku siap berlipstik bagai.. nak kasi muka tak pucat sangat... hari kedua dah leh keluar.. hehe.. gelak nurse ngan aku.. mulanya aku dapat bilik 1. tapi sebb kena pantau ctg selalu.. doktor letak kat blakang kaunter nurse2.. mudah.. ramai kawan2 aku dok sembang2.. macam2 ragam dan perangai yg aku jumpa.. ada yg berbulan.duk ward dah sebb placenta privia.. sbb baby kecik x besar2 dalam perut. Sbb air ketuban kurang.. macam2 masalah diorang.. elok je diorang layan tak de pilih kasih.

Sebenarnya. Kalau ada 1 kesalahan tu.. kita dengarlah dua2 belah pihak.. jgan cepat menghukum diorang.. kesian kat nurse2 dan dr2 yg baik ni kena.. kita semua bukan sempurna..

Apa2 pon den puas hati sgt bersalin kat sini.. TERBAIK.
Tq hospital kuala pilah

P/S : Saya sekadar berkongsi pengalaman.jangan kecam saya! mana yg baik tu dtgnya dari Allah s.w.t. yg buruk tu dri saya sendiri.
Di izinkan share.. dan melahirkan pendapat anda yg berbeza. Sekian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved