Gambar Hiasan
Seorang anak jati Sabah, mendedahkan seorang lelaki berstatus warga asing yang menetap di negeri itu dengan mudahnya diterima berkhidmat secara tetap di Pejabat Daerah Keningau.
Menurut Mec, dia percaya bahawa lelaki terbabit menggunakan bantuan dari 'Orang Dalam' untuk mencapai impiannya itu.
"Ketika menghantar sepupu untuk berurusan di Pejabat Daerah Keningau hari ini, saya benar-benar terpukul. Seorang anak kepada bangsa asing yang kerap menjalani latihan praktikal di pejabat itu dengan mudahnya diserap untuk berkhidmat secara tetap di Jabatan itu.
"Apakah kita sudah benar-benar ketandusan tenaga kerja daripada kalangan anak tempatan sehingga anak keturunan bugis kita jadikan kakitangan di jabatan-jabatan penting dalam kerajaan?
"Masih ramai anak tempatan yang berkelulusan tinggi dan berkelayakkan di luar sana yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Saya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya 'Orang Dalam' yang bertanggungjawab terhadap perbuatan sumbang ini.
"Bagaimana agaknya masa depan daerah ini atau masa depan negara ini jika jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dipegang oleh anak-anak bangsa asing. Anak-anak tempatan khususnya Sabah dan Sarawak buka mata, buka mulut dan ambil tindakan. Kalau bukan kita siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi?
"Jangan tunduk ketika dipijak. Jangan pula selepas membaca artikel ini ada yang melabelkan saya perkauman. Tiada istilah perkauman untuk bumipetera dan bukan bumiputera. Apa lagi warganegara dan bukan warganegara," katanya.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment