ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA BERITA BAHAYA MAKAN PISANG MENGEMPARKAN PENJUAL PISANG GORENG

on Tuesday, December 1, 2015



Kebanyakan orang memilih pisang yang bersih dan cantik di bahagian kulit sebelum membelinya. Tetapi menurut seorang pengguna Facebook, pengguna perlu berhati-hati selepas ini berikutan terdapat pisang beracun dijual di pasaran.

Baca perkongsian Nazri Nasir di bawah:

Rasanya ramai di antara kita yang suka makan pisang. Dalam peribahasa Melayu pernah menyatakan, 'Dalam setandan pisang, bukan semuanya baik-baik belaka, pasti ada yang rosak'.  Tetapi tahukah kita bahawa pisang yang kita beli nampak baik dan cantik boleh menjadi penyebab kanser dan jangkitan dalam perut kita?

Pisang Carbide atau dalam bahasa Melayunya, Kabait, adalah pisang yang dipaksa untuk masak di mana ia direndam atau diperam dalam tempat tertutup yang mengandungi Carbide.

Bagaimana ingin mengenali pisang jenis Carbide ini?



Pisang yang masak secara normal kebiasaannya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna coklat atau hitam. Batangnya juga berwarna hitam atau gelap sedikit (rujuk gambar).

Pisang yang direndam atau diperam menggunakan carbide pula berwarna kuning cerah dan batangnya berwarna hijau tanpa sebarang bintik-bintik hitam (rujuk gambar).

Carbide adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas. Jika dibiarkan dalam ruang tertutup, ia akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari gas LPG. Pisang yang direndam dalam air carbide dalam tempat tertutup akan menyebabkan gas tersebut meresap masuk ke dalam pisang. Penyerapan yang berlebihan boleh menginkatkan peratusan yang tinggi akan masuk ke dalam badan individu yang makan pisang tersebut.

Kandungan carbide yang tinggi dalam badan manusia boleh menyebabkan tumor dan cancer boleh tumbuh di bahagian perut. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum membeli pisang dan pastikan anda memilih pisang yang masak secara normal.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved