ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. SITI NURHALIZA KEGUGURAN

on Tuesday, December 1, 2015



Hari ini, peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dikejutkan dengan berita beliau keguguran pada 1 Disember semalam.

Berikut luahan hati beliau yang dimuat naik  di laman Instagram:

"Bismillahirahmannirohhim. Tanggal 1hb Disember, rasanya sudah sampai waktu dan ketika yang sesuai untuk Siti kongsikan dengan peminat dan followers tersayang.  Mula-mula Siti ingin sangat berkongsi cerita indah, namun Siti percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA. Ini semua meningkatkan lagi keimanan Siti kepada Pencipta Siti.

"Memang tidak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga. Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan 'fragile' untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai.

"Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti. InshaAllah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya.

"Terima kasih suami, keluarga dan sahabat yang memberikan kata semangat dan peminat yang sentiasa mendoakan Siti. Siti yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Siti iaitu Allah SWT. Selepas habis proses berpantang ini, Siti akan menjalani kegiatan seperti biasa. Kena masuk Gym balik dan beberapa acara di Jakarta (plan asal shooting di Kuala Lumpur sebab pregnant).

"Buat sahabat-sahabat iaitu peminat dan followers saya, teruskan doa yang baik-baik ye. Mana tahu dalam berjuta ada yang makbul doanya. Siti pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yang anda inginkan. Sekian catatan panjang lebar dari saya dan semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Siti untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima kasih Allah. Wassalam," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved