ONEXOX
BannerFans.com

'RM510.25 GAJI SAYA DITOLAK KERANA PELANGGAN LARI SELEPAS ISI MINYAK'

on Monday, December 21, 2015



Kepada semua pengguna kenderaan, jika anda pergi ke stesen minyak dan ingin mengisi tangki petrol penuh, sila bayar deposit terlebih dahulu. Sesungguhnya anda tidak akan kehilangan nyawa dengan membayar deposit dan punggung anda tidak akan terbakar kerana membayar deposit itu.

Kami sebagai cashier tidak akan mengambil wang anda. Ya, memang kami orang susah yang kerja hanya sebagai cashier stesen minyak, tetapi kami bukanlah pencuri.

Jangan marah pada kami kerana meminta anda berbuat demikian kerana kami hanya menjalankan tanggungjawab kami dan cuba mengelakkan gaji kami ditolak. Walaupun kerja di stesen minyak saja, namun kami juga mempunyai tanggungan.

Seperti saya juga, sudah berapa banyak gaji saya ditolak hanya disebabkan orang lari? Sepanjang 10 bulan saya bekerja sebagai cashier, sebanyak RM510.25 gaji saya ditolak. Semuanya gara-gara customer yang kata nak isi penuh, tetapi lari dan tak bayar. Saya sudah cuba mengejar, malah berhenti di sebelahnya di persimpangan lampu isyarat. Namun dia dengan tiada hati perutnya menyodok motosikal saya dan terus melarikan diri.

Kepada tuan empunya kereta Perodua Myvi JJL1564, saya minta maaf sekiranya saya berlaku kasar pada anda.

Sekian luahan hati dari seorang juruwang stesen minyak yang hina.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Dah tu, buatlah polis repot, itu dikira menyamun


December 21, 2015 at 4:17 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved