Ruang Media sosial termasuk facebook, twitter dan whatsapp malam ni hangat cerita kononnya TABUNG HAJI dalam keadaan kewangan yang bermasalah hingga lambat membuat pengumuman bonus/dividen tahun ini.
Apa yang boleh saya katakan setakat ini semua berita tersebut adalah berupa fitnah jahat yang merupakan satu lagi usaha menjatuhkan kredibiliti institusi agama sebagaimana yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Nasihat saya berhati-hatilah dalam menyebar berita palsu yang akhirnya boleh menyebabkan kita terjebak dalam dosa atau maksiat jariah yang menyebabkan kita mengalami muflis akhirat lantaran dosa fitnah yang kita kongsikan tanpa berpandukan prinsip Islam untuk menyiasat secara tuntas atau istilah Al-Quran iaitu Tabayyun.
Berikut saya kongsikan siaran media Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Tabung Haji:
"Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.
Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.
Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.
Konsep ini tiada bezanya dgn konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain.
Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal.
Walaupun tahun 2015 adalah mencabar namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya. Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan."
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat
Tabung Haji
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment