Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Orang Amerika Angkat Topi Pada Rani Kulup Apabila Beliau Akan Buat Laporan Polis Terhadap KDN

on Thursday, February 11, 2016



Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda akan membuat laporan polis terhadap langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini.

Rani Kulup mendakwa keselamatan itu boleh mengancam keselamatan negara.

“Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Tambah Rani Kulup lagi, laporan polis itu akan dibuat pada minggu hadapan.

“Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan," katanya.

"Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.

"Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara," katanya.

Rani Kulup juga berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.

“Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan

on Monday, February 8, 2016



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, melancarkan satu petisyen online yang memohon campur tangan Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Rajay Melayu agar campur tangan supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dapat dibuka semula.

Petisyen tersebut mensasarkan satu juta tandatangan rakyat Malaysia dan satu laman Facebook bertajuk "1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" turut dibuka bagi tujuan itu.

Rafizi berkata inisiatif itu diambil susulan laporan The New York Times pada Jumaat lalu.

Akhbar terbabit memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir yang berkata wang AS$681 juta (RM2.6 billion) bukan sumbangan politik tetapi pelaburan dari seorang warga Saudi.

Rafizi juga turut menyangkal kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyatakan sebelum ini bahawa dana tersebut adalah derma.

"Datuk Seri Najib Razak bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan.

"Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau," kata Rafizi.

"Oleh yang demikian, saya mendesak supaya peguam negara membuka semula dengan serta merta kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib, mengambil kira perkembangan terbaru ini.

"Saya juga mengingatkan peguam negara supaya menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance) dengan negara yang sedang menyiasat 1MDB dan/atau Najib termasuklah Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.", kata Rafizi.

Rafizi berkata, beliau yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara itu ditutup apabila peguam negara menutup kes itu.

"Dengan desakan rakyat, saya yakin Najib boleh dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Luahan sayu anak bongsu Menteri Besar Kedah apabila bapanya dimaki buat rakyat Malaysia mengalirkan air mata

on Thursday, February 4, 2016



BILA AYAH MENINGGAL, BASHAH JUAL TELOR DAN JADI KELINDEN LORI UNTUK BESARKAN ADIK BERADIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Kaki "tidur", yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I'm proud of him.

Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video "tidur" yang sangat popular tu semata2 nak burukkan abah. Orang yg rakam video tu merangkak la dekat padang masyar mintak maaf sebab sebar fitnah. But don't worry abah dah maafkan pun.

Macam tu lah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda master, takda phd, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha.

Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it.

Tapi kalau tgk adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak).

Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That's the fact.

Mana ada istilah pakai cable/bapak macam orang sekarang.

Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam facebook dapat deal dari Dato' A, Dato' B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.

Tapi sendunya hidup bila assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain.

Yes, this one is for you my friend. Shame on you.

Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka master ka phd dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata.

Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat facebook.

Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu ? Kan ?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu.

Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat. Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi.

Weols okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli.

Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan.

Abah ada cakap apa tak ? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf.

Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat.

I don't care, even my friend can say anything they want. It just that, don't use abusive language.

Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni. Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali.

And paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu. Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis GE13 dan abah mula tugas sebagai timbalan kpdnkk, believe me dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke harini abah ulang alik kl ke kedah without fail.

Mana kerja di kpdnkk. Mana kerja disini lagi. So don't say he doesn't care at all about Kedah or his work. You know nothing.

Dah berapa penggal dia jaga dun ? Fikirlah sendiri.

Saya yang baru bekerja nak balik kedah sebulan sekali pun rasa letih. Not a single word saying he's tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him.

Macam saya katakan tadi, saya respect dan sangat okay dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too.

Use a decent language. Is it too hard ? Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu Allah bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka.

Believe me, I'm so grateful that I've cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/sponsor, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.

Kalau abah ada salah dan silap dengan mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf.

Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti ?

Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa "rakyat teraniaya" tiada hijab.

Berdoalah andaaa para keyboard warriors sekaliannn sebab kalau sumpah seranah bukan Allah dengar pun. Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah.

Rezeki, ajal, jodoh Allah yang tentukan. What's yours will always be yours, what's not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it. Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).

InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah.

Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami.

Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir.

Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks.

Assalamualaikum dan salam sejahterav

Yang benar,
Luahan hati anak bongsu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Hentikan spekulasi fitnah terhadap Tabung Haji

on Monday, January 25, 2016



Ruang Media sosial termasuk facebook, twitter dan whatsapp malam ni hangat cerita kononnya TABUNG HAJI dalam keadaan kewangan yang bermasalah hingga lambat membuat pengumuman bonus/dividen tahun ini.

Apa yang boleh saya katakan setakat ini semua berita tersebut adalah berupa fitnah jahat yang merupakan satu lagi usaha menjatuhkan kredibiliti institusi agama sebagaimana yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Nasihat saya berhati-hatilah dalam menyebar berita palsu yang akhirnya boleh menyebabkan kita terjebak dalam dosa atau maksiat jariah yang menyebabkan kita mengalami muflis akhirat lantaran dosa fitnah yang kita kongsikan tanpa berpandukan prinsip Islam untuk menyiasat secara tuntas atau istilah Al-Quran iaitu Tabayyun.

Berikut saya kongsikan siaran media Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Tabung Haji:

"Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.

Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.

Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.

Konsep ini tiada bezanya dgn konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain.

Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal.

Walaupun tahun 2015 adalah mencabar namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya. Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan."

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat
Tabung Haji

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BANK TOLAK PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI DARI PEKERJA OIL & GAS

on Thursday, January 21, 2016



PETALING JAYA - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengakui telah mengeluarkan notis bahawa permohonan pinjaman peribadi dari pekerja bagi Sektor Minyak dan Gas akan ditolak, lapor The Star.

"Ya, ia sebenarnya memo dalaman sahaja," kata Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar.

Menurut Puspa, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira dari segi operasi, perniagaan dan ianya hanyalah sementara. Dalam masa yang sama, BSN juga akan mengetatkan peraturan terhadap kelulusan pinjaman baru termasuk produk kredit sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ia adalah sebahagian dari prosedur standard kami untuk mengkaji secara konsisten perkembangan dalam sektor kewangan dan ekonomi yang boleh memberikan kesan ke atas perniagaan kami," katanya.

"Ini termasuk melihat pada industri yang sedang berdepan dengan cabaran seperti keadaan yang dialami oleh industri minyak dan gas pada ketika ini.

"Cadangan memperketatkan lagi kelulusan pinjaman dan kredit merupakan langkah sementara, selaras dengan jangkaan umum untuk pengurusan risiko yang berhemat," katanya.

Walau bagaimanapun, Puspa menegaskan bahawa memo itu adalah untuk pihak dalamannya sahaja, bukan untuk dihebahkan kepada orang awam. Memo tersebut adalah untuk unit perniagaan dan ekskutif peringkat tinggi.



E-mel notis BSN itu tersebar di media sosial yang menyatakan bahawa semua permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman HP (sewa beli) dari pekerja sektor minyak dan gas akan ditolak terlebih dahulu. Notis tersebut juga mengarahakan eksekutif jualan BSN menghentikan pemasaran dan menerima permohonan dari pekerja minyak dan gas. Bagaimanapun notis itu tidak terpakai pada pekerja bukan kontrak, Petronas. Namun kelulusan mereka juga tertakluk pada kelulusan daripada ibu pejabat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016

on Monday, January 11, 2016



PUTRAJAYA - Sumber dari seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendedahkan, kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.

"Kakitangan berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada kakitangan kontrak, bolehlah mula merancang untuk mencari kerja-kerja lain sementara masa masih ada," kata sumber.

Menurut individu yang mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang dihadiri olehnya pagi tadi.

Dia yang pada mulanya enggan berkongsikan mengenai perkara itu namun memikirkan bahawa kakitangan awam berstatus kontrak perlu tahu dan membuat persediaan awal, lalu mendedahkan perkara itu di media sosial.

"Saya sebenarnya enggan ambil pusing tetapi memandangkan saya perlu beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan yang terlibat agar perkara ini tidaklah mengejutkan mereka.

"Saya pun ada anak bini, saya pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang ada anak bini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, sumber yang lain pula mengesahkan bahawa apa yang diberitakan itu adalah benar.

"Semua kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatannya dan akan digantikan dengan jawatan yang kekal. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada peruntukan yang mencukupi untuk menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini dan tahun seterusnya," jelas sumber kedua.

Difahamkan beberapa agensi kerajaan juga giat menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap semenjak tahun lalu bagi mengelakkan gerak kerja setiap agensi tidak terjejas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

LUAHAN SAYU PENJAWAT AWAM GAJI TINGGAL RM19 SELEPAS DIPOTONG PTPTN BUAT RAKYAT MALAYSIA MENANGIS

on Thursday, December 17, 2015



Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan kekesalan mereka terhadap tindakan Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memotong gaji mereka tanpa dimaklumkan lebih awal.

Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini.

Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.



"Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini," kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya.

"Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.

"Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini.

"Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja.

Justeru, Batrisyia menasihatkan mana-mana peminjam PTPTN yang belum membuat pembayaran, segera hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

LUAHAN SAYU RAKYAT KEPADA NAJIB BUAT RAMAI TERDUDUK DAN MENANGIS SEKUAT-KUATNYA

on Monday, December 14, 2015



Wahai Najib Razak,

Kau tak pernah rasa macam mana tengok beg duit cuma ada RM5.00. Kau tak pernah rasa pergi ATM, tengok dalam akaun hanya ada RM20.00 dan hanya dapat keluarkan RM10.00. Kau tak pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama seminggu.

Kau tak pernah rasa nak tuang minyak, tengok dalam poket cuma ada RM5.00 tapi hanya tuang RM3.00. Kau tak pernah rasa makan nasi di tepi jalan di masa tengah rehat kerja sambil kenderaan lalu lalang dan banyak debu jalanan. Kau tak pernah rasa bila tak ada duit nak beli baju baru, hanya dapat beli baju bundle 3 helai RM10.00.



Kau tak pernah rasa bila ada modal sikit berniaga di tepi jalan lalu diberi saman oleh Majlis Daerah atau Perbandaran. Kau tak pernah rasa bila malam terpaksa tutup semua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik. Kau tak pernah rasa satu hari hanya boleh guna dua baldi air untuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air. Kau tak pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal-mahal tapi teringat dalam beg duit hanya ada RM30.

Kau tak pernah rasa walaupun demam tapi tak beli pandaol di 7 Eleven sebab duit tak mencukupi. Kau tak pernah rasa walaupun hujan, terpaksa start enjin motosikal pergi kerja walaupun tiada baju hujan demi tak dipotong gaji bulanan.



Kau tak pernah rasa bila dapat gaji RM900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama. Tetapi bila hari kedua, dah bermasam muka sebab banyak benda yang perlu dibayar. Kau tak pernah rasa bila tapak kasut tercabut, kau akan pergi kedai RM2.00 untuk beli gam dan tampal balik kasut itu yang mana hanya boleh tahan selama 3 hari.

Kau tak pernah rasa bila ibu bapa kita mahukan sesuatu, terpaksa kita sebagai anak simpan dalam hati saja dan mengambil masa yang agak lama untuk menunaikan impian mereka. Kau tak pernah rasa semua ini sebab bila kau bangun dari tidur, semuanya sudah tersedia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'NAJIB CUBA SOGOK SAYA AGAR TIDAK BANGKITKAN ISU 1MDB'

on Wednesday, December 9, 2015



1. Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2. Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3. Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4. Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5. Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

6. Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

7. Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

8. Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

9. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion ringgit.

10.Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12. Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu? Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG? Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara?

13. Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

14. Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

15. Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16. 1MDB hutang RM42 billion ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

17. Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM8 bilion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

18. Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara China kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

19. Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7,000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

20. Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

21. Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2,940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

22. Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23. Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24. Hakikatnya nilai ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dan lain-lain.

25. Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk di kalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industri menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

26. Apakah saya yang merosakkan imej negara?

27. Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

28. Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato' Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.

29. Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi di mana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

30. Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'SAYA BERHABIS RM1,200 HANYA UNTUK PENGANGKUTAN AWAM'

on Thursday, December 3, 2015

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Malaya, Prabagaran Balakrishnan, 34, sering berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Demi menyara kehidupan, dia bekerja sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar di Jalan Dairy, ibu negeri Perak, mengakui terkesan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam yang selalu dinaikinya.

"Gaji RM3,000 pun sudah tidak memadai. Saya berhabis RM1,200 hanya untuk pengangkutan awam. Kos ulang alik, RM50 sehari. Rasa ambil gaji untuk bayar pengangkutan awam sahaja," katanya.

"Semalam saya turun dari stesen KL Sentral ke Universiti, tike RM1.60-200. Naik 40 sen, terkejut saya," katanya yang baru tahu mengenai kenaikan harga tambang KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT)

Bagi Amar Farham Mohd Shukarno, 24, yang bekerja di sebuah syarikat swasta, menggunakan dua mod pengangkutan awam, LRT dan bas Rapid KL untuk ke tempat kerja.

"Jika dulu kos tambang pergi balik dari LRT dari Taman Bahagia ke Ampang ialah RM5.80. Sekarang selepas dinaikan menjadi RM12.00. Ini sangat membebankan bagi saya yang baru mula bekerja," katanya.

"Kenaikan kadar harga tambang pengangkutan awam sangat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana rakyat sudah terbeban dengan banyak perkara yang lain seperti GST, Tol, Petrol dan semua ini membebankan rakyat secara berterusan," kata Nicole yang juga baru bekerja di Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu juga mengakui masih belum mampu membeli sebuah kereta sendiri.

Kenaikan itu juga memberikan kesan kepada pelajar universiti awam, Su Lin, 22, yang mengakui kos pembelajarannya di universiti juga turut meningkat.

"Ya, sangat memberikan kesan lebih-lebih lagi saya tinggal di luar dari universiti dan sentiasa berulang-alik menggunakan LRT. Saya berharap kerajaan boleh memberikan diskaun kepada pelajar yang menggunakan LRT," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'BAGAIMANA LAGI IBU INI HARUS BERJIMAT?'

on Wednesday, December 2, 2015



Ibu ini adalah wanita bekerjaya. Dia bekerja untuk membantu ekonomi keluarganya. Saban hari menaiki pengangkutan awam dan mengusung beg 'peralatan perang; untuk memberikan titisan emas kepada anaknya.

Ibu ini membawa kerusi kecil saban hari kerana seringkali tiada tempat duduk untuk dirinya. Ibu ini keluar rumah awal setiap hari untuk menaiki pengangkutan awam. Ibu ini sampai ke rumah hampir jam 9 malam. Kadang kala lebih lewat.

Ibu ini telah berusaha untuk berjimat sebaik mungkin untuk menyahut seruan kerajaan seperti:

Naik pengangkutan awam jika tidak mampu menaiki kereta sendiri.
Keluar awal dari rumah untuk ke tempat kerja jika tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Tetapi seawal mana yang dia mampu? Mustahil nak menghantar anak pada pengasuh seawal jam 4 pagi. Pengasuh juga manusia, perlukan rehat dan jika hantar lebih masa juga perlu dicaj bayaran tambahan. Jadi bagaimana lagi dia harus berjimat?

Ibu ini memerah susu untuk anak kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. Dia juga berusaha kerana faham kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ibu ini memakaikan anaknya Cloth Diaper kerana ingin menyahut seruan Go Green, jangan mencemarkan alam sekitar juga kerana disposable diaper akan meningkatkan perbelanjaannya.

Semalam, harga tiket pengangkutan LRT/KTM dinaikkan. Sebelum ini dia memerlukan RM112 untuk pas bulanannya. Tetapi hari ini dia memerlukan RM192 untuk perjalanannya. Bagaimana lagi ibu ini harus berjimat? Bagaimana? Bagaimana?

Tanam sayur sudah, bawa bekal sudah, naik pengangkutan awam sudah. Ibu ini perlu bekerja, adakah ibu-ibu perlu berhenti kerja?

Saya mengenali wanita ini dan telah meminta izin darinya menggunakan gambar ini. - Afiqqah Sani.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

HANTARAN & BAJET KAHWIN TINGGI PUNCA KES MAKSIAT SEMAKIN MENJADI-JADI TERJAWAP

on Wednesday, November 25, 2015



NUSAJAYA - Seramai 538 individu ditangkap dan dibicarakan di mahkamah syariah di negeri ini sepanjang tahu kerana disyaki melakukan perbuatan persetubuhan luar nikah, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, sebanyak 300 fail bagi kesalahan tersebut telah dibuka sehingga Oktober lalu yang melibatkan 600 orang.

Jelasnya, masalah persetubuhan haram semakin menjadi-jadi berpunca dari tindakan sesetengah keluarga meletakkan nilai hantaran yang sangat tinggi dan perbelanjaan perkahwinan yang semakin meningkat.

“Nilai hantaran tinggi dan perbelanjaan kenduri kahwin semakin meningkat menyebabkan kesukaran berkahwin yang akhirnya menyebabkan mereka melakukan maksiat. Tawaran sewaan mengikut jam di hotel bajet serendah RM20 juga memberi peluang pasangan kekasih melakukan maksiat. Justeru bagi mengelakkan masalah ini, hotel ini disyaratkan hanya boleh menyewakan untuk kadar harian," katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh ADUN Semerah, Mohd Ismail Roslan, mengenai kes zina yang dikendalikan oleh mahkamah syariah negeri sepanjang tahun 2014 sehingga Oktober lalu pada sidang Dun di Kota Iskandar, semalam.

Tambahnya, kealpaan ibu bapa mencari rezeki sehingga tidak mempedulikan anak dan peranan masyarakat yang tidak gemar mengambil tahu hal sekeliling juga turut menjadi faktor kerosakan moral dalam kalangan pelaku zina.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'TUN TOLONGLAH KAMI, SEHARI BELANJA PERGI KERJA RM50'

on Wednesday, November 4, 2015



Dasar pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat banyak menyusahkan hidup rakyat sama ada di dalam mahupun luar bandar.

Sungguhpun rakyat merintih di media sosial, di media cetak, namun golongan pemimpin yang dibayar gaji oleh rakyat ini hanya terus memekakkan telinga sendiri serta terus mengumumkan dasar-dasar yang menyeksa rakyat dek kegelojohan mengejar nama dan populariti dunia.

Luahan Redzuan Azariq yang dimuat naik di laman Facebook 9 Disember tahun lalu kini kembali viral berikutan ramai rakyat yang masih terkesan dengan kenaikan Tol, GST, dan lain-lain.

"Tun, tolonglah kami Tun. Betapa kami perlukan Tun di saat ini. Sekarang perbelanjaan kami sehari RM50. Isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10. Habis RM50 sehari.

"Nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang di ambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani. Tetapi sekarang kami yang tangani sendiri dengan cut-cost kehidupan kami. Makan sehari sekali, contohnya.

"How we wish you were here with us Tun Mahathir Mohamad. Kami rindu Tun. Dengarlah suara hati kami," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Dewan Rakyat Terima Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Amat Memeranjatkan Pengundi BN

on Sunday, October 18, 2015



18 Okt - Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dikemukan oleh ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul terbabit yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Hee Loy Sian disenaraikan sebagai usul ke 25 untuk dibahaskan.

Namun menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.

"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan memetik dari TMI

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'TOLONGLAH! AKU BUKAN NAK BR1M, JENUH DAH BERJIMAT!'


Gambar Kiri Hanya Sekadar Hiasan

Aku bukan nak BR1M. Aku nak kerajaan fikirkan cara bagaimana nak kawal kos sara hidup yang semakin meningkat ini.

Harga barang naik, mata wang jatuh, ekonomi gawat, GST, dah jenuh berjimat. Ini nak naikkan lagi BR1M tahun depan. Janganlah jadi bodoh. Sudahlah aku tak dapat BR1M. Alang-alang nak bagi, bagilah kepada semua rakyat merasa BR1M. Kau ingat RM4,000 pendapatan seisi rumah itu cukup ke?

Buat macam aku, anak empat orang, gaji RM4,000. Orang lain tak ada anak, Gaji RM3,950 pula layak mendapat BR1M. Fikirkanlah, sudahlah tak dapat BR1M kena bayar pula cukai setiap bulan. GST pula kena bayar setiap hari.

Bukan nak mempertikaikan mereka yang layak mendapat BR1M dan bukan nak mempertikaikan mereka yang bergaji RM4,000 tetapi tak ada tanggungan. Itu rezeki masing-masing. Kalau aku dapat BR1M pun aku terima, rezeki. Tetapi tolonglah fikir, BR1M ini datang dari mana kalau bukan dari diri kita sendiri. Lainlah kalau BR1M dikorek dari RM2.6 bilion.

Yang dah dapat BR1M, jangan gembira sangat. Silap-silap makan abad. Malaysia semakin parah, nak cakap lebih tak boleh, protes tak boleh, semua tak boleh di Malaysia ini. Jadi Imam kena tampar, jadi pilot hilang dari radar, jadi lawyer kena tanam dalam tong simen, baik jadi PM hari-hari dapat derma.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'MEREKA (PENYAMUN) SASAR RUMAH BERPENGHUNI & PAGAR TERBUKA DI SEREMBAN'

on Friday, October 16, 2015




Siapa yang duduk di area Seremban, Senawang dan kawasan yang berhampiran dengannya sila berhati-hati. Kami baru lepas kena samun. Polis meminta orang ramai berjaga-jaga kerana penyamun yang sama baru saja menyamun mangsa seterusnya di area Taman Tasik.

Kami masih trauma. Harap doakan adik ipar kami yang cedera ditetak selamat. Dugaan di hari Jumaat.

"Hari ini kau (penyamun) buat family orang menangis. Esok lusa mesti ada balasannya. Tak apa, tuhan akan bayar balasannya dua kali ganda pada setiap titisan air mata dua orang ibu. Sebab bila cuci darah abang sendiri," luah adik mangsa, Iera Nazieyra

Penyamun bermotosikal. Dua orang dengan 4 bilah pisau rambo. Mereka meluru dan terus menyerang. Adik ipar kami bergadai nyawa demi kami tadi. Sedih. Kami doakan Wan cepat sihat.





Menurut pihak polis, suspek yang sama dengan modus operandi yang sama bertindak menyamun mangsa mereka secara rawak. Rumah yang ada orang dengan pintu pagarnya terbuka dilihat berpotensi untuk diserang dan disamun.

Apa yang kami takut adalah mereka mengugut akan datang semula. Saya dengar percakapan mereka dengan jelas, memang dialek Melayu. Badan sederhana besar, berkulit gelap, menaiki motosikal Yamaha 125 dan memakai helmet gelap.

Sebelum kami disamun, suspek telah menyerang mangsanya di Mantin. kemudian kami dan seterusnya di Taman Tasik. Menurut polis, dalam beberapa jam sahaja mereka telah menyerang 4 mangsa. Suspek masih diburu polis. Jadi sila berhati-hati kepada semua tidak kira di mana pun kita. - Camar Putih

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

LETUPAN MISIL TIDAK MEMBUNUH PENUMPANG MH17

on Tuesday, October 13, 2015



The Hague: Letupan kepala peletup peluru berpandu di sisi muncung pesawat hanya membunuh tiga krew dalam kokpit pesawat MH17 milik Malaysia Airlines manakala krew lain serta penumpang mati akibat perubahan tekanan dalam pesawat yang menjunam, kekurangan oksigen, kesejukan melampau, tiupan angin yang kuat serta terkena objek berterbangan.

Bagaimanapun laporan rasmi Lembaga Keselamatan Belanda menambah, ‘tidak boleh mengenepikan kemungkinan ada penumpang yang masih sedar dalam tempoh antara 60 hingga 90 saat sebelum pesawat terhempas’.

Secara tidak langsung ia menunjukkan ada penumpang atau krew yang masih hidup ketika pesawat terhempas.



MH17 Animation

Animasi yang dikeluarkan oleh Belanda yang menunjukkan laluan peluru berpandu yang menembak jatuh MH17.

Posted by My Media Hub on 13hb Oktober 2015


Namun, menurut laporan itu mangsa yang masih sedar tidak dapat berbuat apa-apa dan tiada tanda menunjukkan ada penumpang atau krew boleh berfikir dengan tenang seperti menghantar pesanan menggunakan telefon bimbit. Seorang penumpang didapati memakai topeng oksigen walaupun tidak dapat dipastikan bagaimana topeng berkenaan diperolehi.

Menurut laporan hasil siasatan penyiasat antarabangsa selama 15 bulan itu, kepala peluru berpandu meletup tidak sampai satu meter dari kokpit di sebelah kiri pesawat, membunuh tiga krew di dalamnya serta menyebabkan muncung pesawat pecah.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Safety Board, berkata siasatan itu mengesahkan kepala peletup peluru berpandu yang mengenai pesawat MH17 ialah dari sistem peluru berpandu udara ke bumi BUK.

Menurutnya, serpihan peluru berpandu ditemui dalam tubuh krew kokpit serta kesan cat membolehkan penyiasat mengesahkan peluru berpandu itu ialah BUK yang dibangun dan dikeluarkan Russia.

Joustra berkata, tragedi itu boleh dielakkan jika pihak berkuasa Ukraine yang sebenarnya mempunyai sebab kukuh, menutup ruang udara di kawasan berkenaan tetapi tiada siapa menyangka ia mengancam penerbangan awam.

"Kami memutuskan sebagai langkah berjaga-jaga, ada sebab mencukupi untuk pihak berkuasa Ukraine sepatutnya menutup ruang udara di timur negara itu,” katanya.

Pada sidang media mengumumkan laporan hasil siasatan itu, pasukan penyiasat turut menunjukkan muncung pesawat MH17 mengandungi kokpit dan ruang penumpang kelas bisnes yang dicantum kembali menggunakan serpihan pesawat yang ditemui di lokasi nahas.

Lembaga itu menyatakan peluru berpandu ditembak dari satu lokasi dalam kawasan 320 kilometer persegi namun enggan menyatakan lokasi yang tepat. Bagaimanapun, seluruh kawasan itu berada di bawah kawalan pemberontak Ukraine pro-Russia ketika tragedi MH17 pada 17 Julai 2014.

Russia menegaskan jika pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu, senjata itu dilancarkan oleh tentera kerajaan Ukraine.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Harga Terkini Tiket LRT & Monorel Naik Mulai 1 November 2015 Disambut Gembira Pengguna

on Thursday, October 8, 2015

Berita harga terkini tambang LRT dan Monorel akan naik lagi mulai 1 November 2015. Perkara itu telah disahkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan harga baharu bagi tambang LRT dan Monorel akan diumumkan selewatnya 31 Oktober 2015. Menurut SPAD, kenaikan itu adalah sejajar dengan kos kenaikan pengurusan dan penyelengaraan LRT dan Monorel pada ketika ini.



Harga Terkini LRT & Monorel Naik Lagi Mulai 1 November 2015

Harga tambang terkini LRT dan Monorel akan diumumkan sebelum 31 Oktober 2015 dan akan dikuatkuasakan mulai 1 November 2015 diseluruh ibu kota Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya. Dijangkakan, kemungkinan tambang LRT dan Monorel akan naik dalam lingkungan RM0.20 sehingga RM0.50.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan

on Friday, October 2, 2015



JELEBU - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kesal dengan tindakan pembangkang kerana mengheret institusi istana dalam isu Kampung Ulu Temiang.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa dalam menyelesaikan masalah penduduk di kampung itu juga tidak berasas kerana pihaknya sudah pun menawarkan rumah di Flat Lobak dan Taman Jasmin kepada penduduk sebagai jalan penyelesaian.

“Kalau ikutkan kanun tanah negara, kita tidak boleh buat apa-apa kerana tanah ini kepunyaan syarikat. Pemaju telah bawa kes ini ke mahkamah dan mahkamah telah dengar serta membuat keputusan yang memihak kepada pemaju.

“Kita telah bantu dengan menawarkan sebanyak 20 rumah di Flat Lobak dan 20 lagi di Flat Jasmin tetapi penduduk tidak mahu, mereka masih mahu tinggal di sana,” katanya.

Menurutnya, pembangkang sepatutnya menghormati undang-undang negara dan keputusan mahkamah, bukannya menjadi wira yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.

“Jangan heret pihak istana dalam hal ini dan jangan jadi champion. Pembangkang pakar dalam hal membohongi rakyat dan mengaburi mata rakyat, mereka mahu jadi juara tapi tak ke mana pun.

“Jangan kata kerajaan negeri arah TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan Sains (Syarikat Air Negeri Sembilan) potong bekalan elektrik dan air (di kampung itu). TNB dan Sains terpaksa potong kerana mendapat perintah mahkamah dan mereka terpaksa akur arahan mahkamah kerana jika tidak pemaju akan saman TNB dan Sains,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Rumah Awam Harga Rendah Sungai Rotan II / Larong dan Pengundian Lot Bagi Rumah Mesra Rakyat Simpang Durian di Dewan D’Sury, Kuala Klawang, di sini, semalam.

Mohamad berkata, penduduk sudah diberi notis sejak tiga tahun lalu, bagaimanapun mereka masih berdegil tidak mahu berpindah.

“Mereka sudah menerima banyak notis dan hampir setiap minggu tetapi masih tidak mahu pindah. Kenapa kata kerajaan tidak beri peluang dan masa untuk pindahkan barang?

"Saya kasihan kepada orang tua yang diberi harapan palsu oleh pembangkang,” katanya.

Kelmarin, penduduk Kampung Ulu Temiang bersama pemimpin pembangkang berjalan kaki sejauh hampir empat kilometer ke Istana Hinggap di Jalan Tuanku Hassan, di sini, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung isu tanah kampung terbabit.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Biar gambar berbicara. Perhimpunan Baju Merah dapat sambutan hangat berbanding Perhimpunan Baju Kuning

on Wednesday, September 16, 2015











PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

 
© AANS BLOG All Rights Reserved