ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Suka duka ‘jutawan segera’ LBJ terbongkar

on Sunday, January 24, 2016



NILAI - “Macam-macam dugaan... tapi semuanya tinggal kenangan,” demikian luah Ketua Kampung LBJ, Razi Adam, 67, menceritakan semula pengalaman ketika peneroka Felda berkenaan mendapat ‘durian runtuh’ kira-kira 20 tahun lalu.

Masih utuh dalam ingatannya, pancaroba ditempuhi lebih kurang 500 ‘jutawan segera’ yang lahir daripada hasil penjualan tanah ladang kepada pemaju hingga menyaksikan nama tempat itu bertukar kepada kampung.

“Walaupun proses penjualan tanah berlaku pada 1996, tapi ura-ura membabitkan hal ni dah mula satu dua tahun sebelum tu lagi.

"Masa itu, ada orang luar datang jumpa penduduk sekitar 1994. Kononnya nak beli tanah di sini lebih awal sebelum pemaju,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, individu terbabit didapati sekadar menangguk di air keruh apabila berhasrat mendapatkan tanah penduduk pada harga lebih rendah.

“Dia tawarkan sekitar RM3 sekaki. Padahal, harga yang kami bincangkan dengan pemaju lebih kurang RM4 sekaki.  

“Kemudian, kami dapat tahu individu terbabit sebenarnya tak ada duit dalam bank. Mujur kami dengar nasihat jawatankuasa yang mengendalikan penjualan tanah dan tak termakan umpan dia,” katanya.

Katanya, cabaran seterusnya pula dihadapi selepas proses penjualan tanah dilaksanakan seperti dipersetujui antara kedua-dua pihak.

“Masalahnya penduduk cuma dapat 10 peratus daripada bayaran sepatutnya diterima. Kemudian, kami terpaksa bersabar dan menunggu lebih kurang dua tahun.

“Pembayaran selesai sepenuhnya pada penghujung 1998 yang melibatkan empat fasa. Itu pun selepas didesak jawatankuasa yang berkali-kali jumpa pemaju di Kuala Lumpur,” katanya.

Penduduk terjebak skim cepat kaya

Menurut Razi, dugaan lebih besar menimpa penduduk lebih kurang dua tahun selepas itu dalam bentuk skim cepat kaya bertopengkan pelaburan bidang perniagaan kereta import dan boling.

“Lebih kurang 200 penduduk terkena. Memang teruk sebab ada yang rugi sampai RM200,000. Penipuan tu mula terbongkar sekitar 2004, bila si pemilik syarikat tak mampu lagi nak bayar peserta macam dijanjikan.

“Semua yang terlibat kemudian ambil keputusan serbu pejabat dia di Kuala Lumpur. Penyudahnya, dia cuma mampu beri apa yang ada pada masa tu. Ramai yang masuk lambat, tak dapat balik modal,” katanya.

Paling sikit dapat RM1.3 juta

Selebihnya pula, katanya, lebih kepada cabaran terhadap diri sendiri sama ada beringat atau tidak untuk masa depan.

“Bila duit berkepuk-kepuk dalam tangan, selera pun mula besar. Rata-rata guna kereta import masa tu. Maklumlah, penjual kereta memang ramai berkampung lepas penduduk dapat duit.

“Tapi ada juga yang beringat dan menyimpan untuk anak cucu. Seingat saya, paling sikit dapat RM1.3 juta dan paling banyak RM2.2 juta,” katanya yang berkhidmat sebagai ketua kampung sejak 2007.

Tidak cukup dengan itu, katanya, mereka turut jadi mangsa seorang peguam yang didakwa menawarkan diri membantu penduduk kampung mendapatkan duit dilabur dalam skim berkenaan.

“Daripada 2004 sampai 2008, langsung tak berjaya. Akhirnya, dia salahkan pula pihak Bank Negara. Padahal tak ada kena-mengena pun.

“Apa yang pasti, duit penduduk terlibat dibahamnya untuk kos guaman. Kalau tak silap saya, seorang bayar tak kurang RM3,000,” katanya.

Bapa siap-siap bahagi duit

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Kampung LBJ, Mohd Shazali Muhamad, 38, pula memberitahu, dia baru tingkatan lima ketika proses penjualan tanah dijalankan.

“Walaupun tiba-tiba jadi jutawan, remaja kampung ni tak berapa alami ‘kejutan budaya’. Sebab ibu bapa yang dapat, kami ikut saja apa keputusan mereka.

“Macam keluarga saya, mak dan ayah dah siap-siap bahagi untuk kegunaan kami tujuh beradik,” katanya yang merupakan anak bongsu.

Cuma, katanya, sedikit sebanyak tetap ada perbezaan sebelum dan selepas penduduk mendapat duit hasil penjualan tanah ladang.

“Bila ada duit, langkah pun makin panjang. Lebih kurang 50 peratus golongan generasi kedua keluar berhijrah sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau mengembangkan karier.

“Ada juga yang tak duduk kampung, sebab ibu bapa belikan rumah di tempat lain. Biasanya untuk golongan yang dah berkeluarga sendiri,” katanya kini penghuni kampung kebanyakannya generasi ketiga.

Namun, Mohd Shazali tidak menafikan, ada juga belia seusianya dan ke atas pada waktu itu yang mempunyai cita rasa dan gaya hidup agak tinggi.

“Memang ada kawan yang gemar bertukar-tukar kereta atau motosikal. Itu perkara lumrah, walau di mana-mana sekalipun dan bukan di sini saja,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca asal usul Hari Mantai terjawap dengan jayanya

on Tuesday, July 21, 2015



MALAM itu, satu kampung jadi riuh-rendah. Lampu 'lip lap' bergemerlapan sana-sini bak pesta keramaian. Sepanjang jalan dilimpahi cahaya pelita minyak tanah.

Mana tidaknya, esok umat Islam akan menyambut hari raya.

Kelihatan anak-anak kecil tertawa keriangan bermain bunga api di luar rumah bersama sanak saudara.

Lelaki dewasa pula sedang berhempas-pulas menundukkan sang kerbau yang ditambat bawah pokok ketapang untuk disembelih.

Di dapur, ibu-ibu becok bergosip tatkala menyediakan bahan untuk membuat rendang dan sup tulang. Tidak kurang juga yang membakar lemang untuk juadah seisi keluarga. Semua sibuk dengan tugas masing-masing.

Panorama sebegini merupakan satu kebiasaan bagi warga Negeri Sembilan, setiap kali menjelang Aidilfitri dan Aidiladha. Malah tradisi 'menumbang' kerbau atau lembu turut dilakukan sehari sebelum Ramadan tiba.

Aktiviti bergotong-royong menyembelih, melapah dan memasak daging kerbau, lembu atau kambing ini dikenali sebagai Hari Mantai.

Persoalannya, tahukah anda asal usulnya? Sejak bila tradisi ini mula bertapak di Negeri Sembilan?

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim ada jawapannya.

Menurut beliau, rata-rata generasi masa kini tersalah anggap bahawa Hari Mantai hanya untuk meraikan ketibaan Aidilfitri.

Walhal, tradisi berkenaan juga diamalkan untuk menyambut Ramadan serta Aidiladha.

“Sebenarnya, ‘Mantai’ berasal dari perkataan ‘Bantai’ yang bermaksud menjatuhkan seekor kerbau, lembu atau kambing untuk tujuan kudus agama.

“Mengikut sejarah, amalan ini merupakan dari zaman purba sebelum pra Islam. Pada masa itu, daging tersebut akan dipersembahkan kepada dewata sebagai penghormatan,” katanya.

Beliau berkata, amalan dipraktikkan secara meluas di Pagar Ruyung sebelum era pemerintahan Raja Adityawarman lagi yang menguasai rantau Sumatera tengah antara 1347 hingga 1375 Masihi itu, kemudian dibawa masuk ke Negeri Sembilan.    

“Hari Mantai bermula di Naning, kemudian dituruti di Rembau. Ketika itu, Naning masih lagi sebahagian Negeri Sembilan sehingga tahun 1833 apabila British memasukkannya ke dalam Melaka.

“Apabila Islam berkembang di Negeri Sembilan kira-kira seperingkat selepas Melaka sekitar 1413, maka tradisi tersebut mula disesuaikan supaya menepati syarak dan sebutannya turut diubah dari ‘Hari Bantai’ kepada ‘Hari Mantai’ mengikut istilah penduduk tempatan,” katanya.

Rais berkata, tiga perkara paling signifikan dapat dilihat pada Hari Mantai iaitu memuliakan ALLAH, berpuasa untuk memanfaatkan Ramadan serta membantu masyarakat yang tiada habuan daging.

“Lazimnya Tok Sidang akan mencari bahan (haiwan) yang sesuai untuk disembelih, kira-kira tiga minggu sebelum ketibaan Hari Mantai.

“Pada prinsipnya, mesti ada nisbah untuk fakir miskin dan Tok Sidang perlu menyampaikannya sendiri kepada mereka. Contoh terbaik dapat dilihat sekitar era 50an di Jelebu,” katanya.

Berbeza dengan zaman sekarang, kata beliau, dahulu, daun pisang atau daun palas digunakan semasa menyembelih pada Hari Mantai.

“Keempat-empat kaki haiwan yang hendak disembelih akan ditanjur dengan tali. Seterusnya kedua-dua kaki depan ditarik ke kiri, manakala kedua-dua kaki belakang ke kanan menyebabkan kerbau, lembu atau kambing itu hilang keseimbangan lalu jatuh.

“Sebelum disembelih, sehelai daun pisang atau daun palas akan dibantai ke seluruh tubuh haiwan itu termasuk bahagian urat merih dengan tujuan supaya nyawa dan jasad berpisah dalam keadaan damai. Dari situlah datangnya perkataan ‘bantai’,” katanya.

Bagi kerbau pula, kata Rais, situasinya lebih istimewa berikutan mesti ada empat daun pisang atau empat daun palas digunakan.

“Di Minangkabau, kerbau lebih dihormati kerana dianggap sebagai elemen utama dalam mencari rezeki. Dalam hal ini, membantu membajak di sawah.

“Bagaimanapun, budaya memukul menggunakan daun ini semakin dilupakan sekitar 50an dan tidak diamalkan lagi pada 1960. Pada waktu itu, fungsi kerbau mula berkurangan disebabkan kewujudan jentera pembajak. Sekali gus, masyarakat juga hilang pautan animisme,” katanya.

Menurutnya, keadaan tersebut jelas ketara di Rembau, Kuala Klawang dan Johol manakala di Sungei Ujong melibatkan kawasan Kuala Sawah dan Kampung Pantai.

“Tambahan pula golongan tua banyak sudah tidak ada, sedangkan golongan muda enggan meneruskan tradisi sedemikian. Maka tinggallah Hari Mantai yang dapat kita lihat pada hari ini. Rasanya, tidak sampai 10 peratus yang tahu asal usul Hari Mantai.

“Lagipun, Hari Mantai ini hanya dianggap sebagai amalan sipi. Melalui kedatangan Islam, hukum syarak lebih diutamakan berbanding adat. Sebab itulah sering disebutkan yang adat bersendikan syarak, syarak pula bersendikan Kitabullah,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

INILAH PUNCA KENAPA BRUNEI TAK NAK JOIN MALAYSIA..!!!

on Monday, June 29, 2015



Mungkin anda semua sudah tahu mengapa Brunei tidak mahu bersatu bersama Malaysia seperti mana yang anda pelajari sejarah ketika tingkatan tiga dulu.. Namun, apakah anda sudah lupa akan faktor-faktor yang mendorong Brunei daripada tidak bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia?

Mari kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei ini..

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.


HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Siapa anak Negeri Sembilan yang berjaya menjadi Ketua Menteri Melaka?

on Wednesday, May 20, 2015



Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali. Anak waris Linggi yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka Keempat. Buku biografi Mantan Ketua Menteri Melaka diterbitkan dengan kerjasama Mubarak Melaka dan UTEM sebanyak 21 jilid.

Bagaimana dengan Negeri Sembilan? Tidak banyak maklumat mengenai Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan kecuali Tan Sri Dr. Mohd Said, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Isa Samad.

Negeri Sembilan merupakan negeri pertama mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar ketika krisis politik di antara Tan Sri Dr. Mohd Said dengan Tan Sri Samad Idris.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Stadium Perbandaran Seremban Nostalgia untuk Penduduk Seremban

on Wednesday, May 6, 2015


Keunikan papan mata di Stadium Perbandaran Seremban menjadi lambang kepada Bandar Seremban

Stadium Majlis Perbandaran Seremban atau dulu dikenali sebagai Padang Stesyen adalah merupakan Stadium kebangaan Penduduk Negeri Sembilan. Dahulunya Stadium ini dikenali sebagai Padang Stesyen disebabkan bersebelahan dengan Stesyen Keretapi Seremban.


Pasukan Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala HMS Malaya tahun 1948 dengan mengalahkan pasukan Selangor 1-0 di Padang Stesyen Seremban


Padang Stesyen Seremban 1965 sumber guterberg webster blogspot

Stadium ini mengikut sejarahnya dibuka pada awal tahun 1940 oleh Residen British di Negeri Sembilan John Vincent Cowgill tujuan utama pembinaannya adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan bagi warga pentadbiran Britsh ketika itu termasuk sukan termasyur bolasepak. Pada awal pengunaan padang ini tidak ada kemudahan tempat duduk disediakan,  penonton akan menyaksikan perlawanan bolasepak dengan berdiri di tepi padang. Namun setelah mencapai kemedekaan Padang stesyen ini dinaik taraf pada tahun 1960 dengan mengadakan binaan tempat duduk berbumbung  yang ketika itu boleh menampung kira-kira 5 ribu penonton dengan 500 tempat duduk.


Pasukan Hoki Pakistan bergambar berlatarbelakangkan Padang Stesyen Seremban

Pada tahun 1973 Padang Stesyen ini dinaik taraf  bagi membolehkan padangnya digunakan untuk Piala Dunia Hoki Padang pada tahun 1975, ketika itu Malaysia telah terpilih menjadi tuan rumah dan Padang Stesyen telah menjadi salah satu venue pertandingan. Sewaktu ini tempat duduk telah ditambah kepada 5000  tempat duduk tidak berbumbung menjadikan Padang Stesyen ketika itu terkenal disebabkan keadaan padang yang baik untuk satu kejohanan bertaraf dunia.


Stadium Majlis Perbandaran Seremban - Sumber


Sekitar tahun 1979 Padang Stesyen ditukar nama kepada Stadium Majlis Perbandaran Seremban. Pekara ini diumumkan sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban Dato' Rais Yatim yang ketika itu juga merupakkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Pertukaran ini dibuat disebabkan Seremban telah dinaik taraf sebagai bandar. Sekitar tahun ini juga Stadium ini pernah digunakan untuk Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan.


Stadium sentiasa dinaiktaraf bagi keselesaan penonton

Stadium ini telah melalui detik manis bersama-sama penduduk Seremban satu ketika dahulu, Disinilah Pasukan bolasepak Negeri Sembilan menjulang Piala HMS Malaya atau kini dikenali Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1948. Kenangan ini dikongsi dengan seluruh masyarakat berbilang bangsa yang menjadi penduduk Seremban ketika itu.


Antara Penyokong-penyoong Negeri Sembilan yang sentiasa membanjiri Stadium Perbandaran Seremban

Pada tahun 1991 terjadi saat genting bagi pasukan Negeri Sembilan dalam usaha untuk merebut takhta juara Semi Pro Bahagian dua ketika itu, bertemu pasukan Sarawak yang menghuni tangga kedua dengan perbezaan 1 mata, Negeri Sembilan hanya memerlukan seri untuk menjadi juara tetapi kekalahan boleh meranapkan impian pasukan Negeri Sembilan untuk menjadi juara di Stadium sendiri. Pasukan Sarawak yang ketika itu terkenal dengan penyerang importnya John Hunter' menjaringkan dua gol untuk menjadikan Sarawak berada dihadapan 2-1. Saat debaran penyokong Negeri Sembilan ketika itu benar-benar menguji. Pada minit ke 89 tampak seperti Sarawak bakal dinobatkan menjadi juara akan tetapi rezeki memihak kepada pasukan Negeri Sembilan setelah Marian Valach dijatuhkan dikotak penalti Sarawak. Suasana dingin ketika intu mengiringi langkah sepakan penalti Marian Valach, rembatannya menceriakan penyokong-penyokong Negeri Sembilan yang kini kali pertma menjuarai liga semi -pro dan layak untuk bermain di divisyen 1 ketika itu.


Aksi Pasukan Negeri Sembilan ketika beradu dalam kancah Semi-Pro

Tahun 1992 adalah tahun terakhir Stadium Perbandaran Seremban digunakan. Pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menduduki tempat ketiga Semi -Pro divisyen 1, satu lagi kejayan yang membanggakan skuad Hobin Jang Hobin di stadium keramat ini.

Stadium yang menjadi kebanggaan kepada penduduk Seremban ini diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembangunan dan digantikan dengan sebuah Stadium yang selesa di Paroi
Stadium yang merupakan salah satu ikonik Bandar Seremban ini telah diruntuhkan Pada tahun 1993 bagi memberi laluan kepada pembinaan pasararaya terkemuka. Sejarah serta perjalanan dan detik manis stadium akan terus dikenang, inilah stadium yang mana peminatnya boleh menyaksikan bola hanya dengan memanjat tiang lampu limpah stadium, mempunyai scoreboard' yang besar menayangkan keputusan untuk mereka yang berada didalam dan diluar stadium dan juga perlawan bolasepak hanya diadakan pada waktu petang!.. Terima Kasih Stadium Perbandaran Seremban kerana telah meningalkan seribu satu kenangan, ikon Seremban yang telah hilang..





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sejarah : Menara Jam Seremban mercu tanda Seremban masa lalu

on Wednesday, April 29, 2015



Menara Jam Seremban adalah merupakan salah satu menara jam yang terbesar di Malaysia ketika itu. Menara jam ini dibina oleh Majlis Perbandaran Seremban pada awal tahun 1981 bersempena dengan pembangunan terminal bas Seremban yang baru. Kedudukannya atas titik pertemuan Jalan Sungai Ujong dan Jalan Tuanku Munawir berhadapan muara Sungai Ujong adalah amat strategik bagi memberitahu orang ramai disinilah Bandar Seremban.


Menara Jam Seremban Ikon Bandar Seremban

Menara Jam Seremban ini mengambil ilham kepada Menara Jam Gadang di Bukit Tinggi Indonesia, ketika ini hubungan antara Kerajaan Negeri dan Pihak Provisi Sumatera Barat adalah sangat akrab di sebabkan budaya minangkabau yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat kedua-dua buah negeri ini. Rupabentuk menara jam ini kemungkinan diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu Dato' Seri Utama Rais Bin Yatim, beliau juga merupakan Yang Dipertua pertama Majlis Perbandaran Seremban.


Mengambil ilham Jam Gadang di Sumatera Barat

Berketinggian 18 meter, Jam besar ini bergerak secara mekanikal dan terdiri dari empat buah jam/empat muka jam yang menghadap ke empat arah penjuru mata angin dengan setiap muka jam berdiameter 80 cm. Menara jam ini direkabentuk dengan mengikut rekabentuk bangunan minangkabau dengan atas atapnya melengkung seolah-olah seperti tanduk kerbau. Tiangnya pula mengambil ilham dari ruang depan bangunan Istana Gadang di Minangkabau. Walaubagaimanapun tidak diketahui siapakah arkitek bangunan menara jam ini. Menara Jam ini satu ketika dahulu akan berbunyi sekiranya jarum jam menunjukkan pukul 12 tengahari atau 12 tengah malam.

Bangunan ini menjadi mercu tanda kepada Bandar Seremban, ramai dari pelancong luar tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Menara Jam Seremban ini. Menara Jam Seremban ini juga menjadi panduan kepada orang ramai mengenai waktu dan masa terkini.

Setelah berkhidmat untuk Bandar Seremban selama 14 tahun, akhirnya Menara Jam kebanggaan penduduk Seremban ini diruntuhkan pada tahun 1994 untuk memberi laluan kepada pembangunan Terminal Bas yang baru.


Gambar terakhir yang dapat dirakam pada tahun 1993 perhatikan kepada kayu yang reput dan logo MPS telah ditukar kepada penaja - Kredit kepada pemilik gambar

Namun begitu kenangan serta signifikannya kepada masyarakat Negeri Sembilan terutamanya penduduk Seremban tidak akan dilupakan begitu sahaja. Menara Jam Seremban akan terus dikenang sebagai ikon Bandar Seremban yang telah hilang.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Menteri Bawah Tun Mahathir Pernah Di Tuduh Membunuh

on Friday, April 10, 2015




Jangan pula salah sangka pada topik ini.

Ini bukan nak kaitkan dengan sesiapa.

Hanya kerana isu kebelakangan ini berkenaan soalan itu dan ini  termasuk lah isu “siapa bunuh Altantuya” maka teringat juga pada beberapa peristiwa pembunuhan.

Sambil itu melayari internet terjumpa ada kes pembunuhan juga berkait politik

Sebenar nya sudah ada political assination lama dahulu.

Tetapi zaman itu belum ada surat layang, apa tah lagi internet.

Network perbualan dan penyampaian ada lah kedai kopi dan majlis majlis kenduri dan yang sebegitu.

Bila terungkit kisah Altantuya dan soalan berkenaan nya agak pelik juga, kerana yang menyoal pasti nya tidak membaca akbar dan membaca proceeding perbicaraan nya.

Ramai rakyat juga tumpang tanya dan hendak tahu, wal hal jawapan sudah pun ada.

Arahan dan kejadian berkisar pada 4 watak sahaja. tetapi mungkin untuk memberat kan kes mahu menurun kan DS Najib, maka wajar lah menambah keberatan pada soalan.

Oleh sebab terungkit bab pembunuhan, maka kita juga teringat pada beberapa kes pembunuhan yang boleh lah di anggap misteri juga,

Tujuan menulis ini ada lah untuk menambah pengetahuan sahaja kepada sesiapa yang mungkin mahu menerima banyak maklumat alternatif.

Pada sekitar tahun 60 han pun sudah ada pembunuhan politik.

Kejadian itu berlaku di negeri Kelantan. Samad Gol di bunuh dengan Kapak Siam. Apabila seorang penceramah sedang berucap tiba tiba dia terkena apa yang di panggil “Kapak Siam” .

Oleh sebab ia kisah lama , maka maklumat berkenaan nya sudah tidak dapat di kesan.

Itu lah mungkin pertama.

Kemudian pada sekitar tahun 80 , juga ada pembunuhan bermotif politik.

Seorang bertaraf menteri telah di tuduh membunuh seorang ahli politik lain.

Kejadian berlaku di Negeri Sembilan. Seorang ahli politik yang bernama Datuk Taha telah di bunuh oleh pesaing politik nya Datuk Mokhtar Hashim.

Allahyarham Datuk Taha ketika itu berjawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Yang di tuduh dan di dakwa pula ada lah Datuk Mokhtar Hashim , Menteri KBS  jawatan yang sama di pegang oleh Khairy Jamaluddin hari ini. Datuk Mokhtar ada lah ahli parlimen Tampin.

Bermakna dalam politik negara sudah pun ada kejadian pembunuhan bermotif politik.

Selain pembunuhan politik, ada juga pembunuhan yang secara lansung bukan politik, tetapi ada kait mait dengan ahli Politik.

Misal nya pembunuhan Auditor yang mahu menyiasat  wang dari bank milik bumiputera mati di bunuh di Hong Kong

Boleh di kata generasi muda mungkin tidak tahu, tetapi jika mereka rajin melayari dan mahu pempelajari banyak juga mereka akan tahu bahawa sebelum kejadian misteri Altantuya, sudah ada kes Datuk Taha , Samad Gul , Mustqakizah dan Jalil Ibrahim.

Tetapi paling popular ada lah kes Datuk Moktar Hashim yang membunuh Datuk Taha, dan kemudian di ampun kan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Masuk suku: Antara waris dan harta

on Tuesday, March 24, 2015



KUALA PILAH – Bercerita tentang adat perpatih, pastinya tidak akan lari dari perbilangan k#ata adat dan perkataan yang memungkinkan kita berfikir lebih daripada sekali.

Kata-kata adat punya maksud tersendiri, begitu juga perkataan ‘kodin’.

Kodin bermaksud saud#ara dan jika ditambah imbuhan ‘ber’ kodin ia memberi pengertian bersaudara atau lebih sinonim dengan perkataan ‘masuk suku’.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang dan Tiga Batu.

Setiap anggota masyar#akat adat perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Sebelum itu, masyarakat di Negeri Sembilan yang sinonim mengamalkan adat perpatih mengakui harta pusaka termasuk tanah hanya boleh diturunkan kepada anak perempuan dan tidak boleh diturunkan kepada anak lelaki.

Justeru, jika seseoran#g itu tidak mempunyai anak perempuan tetapi dia berhajat untuk menurunkan harta pusakanya seperti faktor usia, maka adat ‘berkodin’ perlu dilakukan.

Oleh itu, upacara adat ‘berkodin’ dilaksanakan di Kampung Air Hitam, Terachi di rumah Niat Taib, 85, yang berhasrat untuk memberikan tanah miliknya kepada cucu perempuan.

Menurut To’ Gontam Besar W#aris Tanah Datar, Mustafa Muhammad, 49, dari Perut Ibol Luak Ulu Muar, berkata, Niat mempunyai anak seramai lapan orang iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan.

Bagaimanapun, Niat bersetuju untuk ‘mengkodinkan’ Syarmim Amiera Mohd Yunus, 17, iaitu cucunya daripada anak lelaki keenam yang bernama Yunus Abdul Rahman, bagi tujuan memberi satu pertiga harta termasuk tanah kepunyaannya dan selebihnya dikembalikan kepada waris.

Katanya, cucu perempuan ini tidak memp#unyai suku kerana ibunya berasal dari Melaka.

“Oleh itu, cucu ini dikodinkan dan dimasukkan ke dalam Suku Tanah Datar 48, iaitu sama suku dengan nenek Niat.

“Difahamkan suku Tanah Datar berasal da#ri Pagaruyung, Sumatera dan merupakan antara suku yang terawal datang ke Tanah Melayu khususnya Negeri Sembilan,” katanya.

Tambahnya, sebelum upacara berkodin dilakukan, ia perlu mendapat persetujuan semua pihak bagi melicinkan perjalanan majlis.

Katanya, berkodin terbahagi kepada dua je#nis iaitu berkodin pinang sebatang dan berkodin aur serumpun.

“Berkodin Pinang Sebatang tidak melibatkan pemberian harta pusaka. Adat ini boleh dibuat dan diselesaikan oleh buapak, besar waris dan ibu soko sahaja dan tidak melibatkan Datuk Lembaga dan cukup sekadar menyembelih seekor kambing sahaja.

“Sebagai contoh seorang pedagang. Berasa kes#unyian dan perlukan saudara atau emak angkat di sini. Maka berkodin pinang sebatang dilaksanakan. Adat juga menunjukkan.

Kok jauh mencari suku
Dekat mencari sekodin
Haus mencari air
Litak (lapar) mencari nasi
   
“Bagi, berkodin aur serumpun akan melib#atkan pemberian harta pusaka dan perlu melibatkan datuk Lembaga, buapak, besar waris dan ibu soko.
“Waris perlu sepakat menerima pengkodinan. Seia dan sekata waris. Bak kata perbilangan adat.

Kok bulat boleh digolekkan
Kok pipih boleh dilayangkan
Licin berlantai kulit
Kesat berlantai papan

“Tuntutan adat berkodin ini perlu meny#ediakan seekor kerbau atau lembu, beras 50 gantang, kelapa 100 biji,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, sebuah naskhah al-Quran, pisau sebilah, peralatan tepung tawar dan limau nipis tiga biji, tudung hidang, peminangan tertutup, dulang berkaki, tikar rompok, tilam pandak, tabir lingkung dan langit-langit perlu disediakan.

“Selain itu, perlu disediakan juga sebu#ah bekas tempat ‘cicah darah’, daun sepulih, daun ati-ati, silang gunting, surat akuan berkodin, khemah memasak dan penanggah, agihan daging mentah kepada datuk lembaga, buapak, besar waris dan nasi gulai serta daging mentah sebagai upah sembelih,” katanya.

Majlis adat berkodin itu dikelolakan oleh Datuk Lembaga Paduka Besar Suku Tanah Datar, Mohd Darus Shamsuddin dan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan adat istiadat ini.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sejarah Kuala Pilah dan Perkembangan Dakwah ;- Dato Paduka Prof Madya Dr. Mohd Rosli bin Saludin

on Monday, November 17, 2014





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Rupa-Rupanya Rosmah Mansor Berasal Dari Padang, Sumatera, Indonesia

on Wednesday, August 27, 2014

PADANG, Indonesia: Kesungguhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.

Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.

Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.

Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.

Ketika ditemui pemberita selepas acara itu, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.

Ibu bapa Rosmah berasal dari Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.

"Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.

"Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya.

Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.

"Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.

"Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan," katanya.

Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah adalah satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.

Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Apakah Persamaan Asal Usul Ikea, WhatsApp, GoPro, Redbull dan Apple? Ini 5 Fakta Yang Anda Belum Tahu

on Saturday, August 23, 2014

Jawab soalan ini dengan spontan tau!

“Di mana nak cari perabot rumah yang design best, stylo dan moden?”

pergi IKEA

“Apasal memori handphone aku cepat gila penuh ni?”

tak padam gambar kat WhatsApp lattew

“Camne nak rakam gambar kucing jalan-jalan dalam rumah?”

gantung GoPro kat leher dia

“Aku nak driving jauh ni tapi penat baru balik keje”

minum je Redbull

“Laptop brand apa yang nipis, ringan, bateri tahan lama dan cantik”

belilah cap Apple

Kan ? Hahaha.



Tapi tahukah anda,

Asal usul Ikea, WhatsApp, GoPro, Redbull dan Apple disebabkan satu insiden?
Jom kita tengok apa ceritanya. Sumber dari laman web Entrepreneur.

1. IKEA muncul sebab,
Ingvar Kampard nak masukkan meja dalam kereta.
Tapi tak muat.
So dia cabut je kaki meja tu.



2. WhatsApp muncul sebab,
Jan Koum nak call bapa dia.
Tapi bapa dia kat Ukraine.
Dan dia takde duit nak call.



3. GoPro muncul sebab..
Nick Woodman suka surfing ombak di pantai.
Dia nak ambil gambar selfie tapi,
camne nak ambil gambar sambil surf atas ombak !



4. Redbull muncul sebab..
Dietrich Mateschitz pergi Thailand.
Dia alami jetlag sebab lama sangat dalam kapal terbang.
So dia minum sejenis minuman tempatan dan rasa best.



5. Apple muncul sebab..
Steve Jobs nak komputer yang ada gambar kat skrin.
Zaman tu komputer semua tulisan sahaja.
Dan dia nak interface komputer tu cantik macam poster kat kampus dia.



p/s : TheVocket muncul sebab.. nak bagi korang rasa enjoy bila surf internet.
Ahaks ;)

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kisah Azab Penduduk Kota Pompeii, Kota Yang Penuh Dengan Kemaksiatan..

on Wednesday, August 20, 2014



Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.

Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..

Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.





Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!





Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan se ks termasuk se ks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzi naan dan syurga kaum homose ksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.





Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pel acuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pel acuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kel amin lelaki digantung di pintu pusat pel acuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kel amin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.





Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.


Informasi Kisah Pompei dari Al Quran

Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.

Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”

(Surah Yaasin, Ayat 36:29).





Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Lagenda Dawn Raid 1981! (Hebatnya Mahathir & Khalid Ibrahim)

on Monday, August 18, 2014


MAHATHIR – KHALID IBRAHIM – DAWN RAID 1981 !!!

“Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang
Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.“


LAGENDA ‘DAWN RAID 1981′ MENGGEGARKAN NEGARA.

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


 Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”
Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.


Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.


Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.


 Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.


Kerjasama Pelbagai Pihak.

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama KHALID IBRAHIMdiberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.


Ismail dan Mahathir

Mengapa Guthrie?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.


Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.




Mahathir Terus Menekan British

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.


Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.


Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

[EKSKLUSIF] GAMBAR Keadaan Palestin Pada Tahun 1900 Sebelum Dijajah Israel

on Tuesday, August 5, 2014

Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll.













Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu direnggut oleh kebiadaban Zionis dan sekutunya.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Terbongkar !! Kisah Kejatuhan Melaka Yang Sebenar!!

on Wednesday, May 14, 2014



Kita disogokkan dengan idea dan gambaran bahawa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah ketinggalan zaman dan kolot. Mesti ada yang akan berkata itu peristiwa lama yang tidak memberi kesan pada kita pada hari ini. INILAH SEBENARNYA KEBENARAN YANG MEREKA MAHU SUPAYA MELAYU PERCAYA. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu.

Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja...

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka.

Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?



Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja?

Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?
Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula bajuMelayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

“Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” kawan Alter bercerita ala seorang pejuang bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuat sendiri, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?”



“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.”

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...


“Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?” kawan Alter mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?”

Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...

“Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”

“Inilah akibatnya bila raja yang lemah diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” kawan Alter terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! kawan Alter juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain.

Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India.

Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” kawan Alter memberi nasihat berguna bahawa sifat Melayu beginilah yang harus di ubah. Diharap dengan pendedahan ini Melayu dapat memperbaiki diri dan dekatilah diri kita kepada Allah SWT supaya kita dapat menjunjung tinggi agama dan bangsa kita.... Amin


Nampak struktur KUBU KOTA MELAKA yg kebal ni. Camne la boleh hancur dijajah melalui serangan laut je. Tak logik!!! 


Perbandingan kota Melaka sekarang ni. Agaknya la.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved