ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label sa. Show all posts
Showing posts with label sa. Show all posts

Suami Tergamak Sewakan Isteri RM600 Sehari

on Saturday, September 6, 2014

Seorang suami durjana sanggup menyewakan isterinya kepada sesiapa yang berminat dengan kadar RM600 sehari menerusi akaun Facebook miliknya.

Isterinya itu tidak diketahui pula mahu disewakana atas tujuan apa sama ada dijadikan sebagai pembantu rumah yang mengemas, memasak tapi amat malang kalau dipaksa melayan nafsu si lelaki hidung belang yang menyewa.

Katak Comel tidak dapat pastikan sejauh mana kebenaran ataupun besar kemuungkinan akaun Facebook sang suami digodam oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Rakyat Malaysia Sokong Zionis, Mahu Publisiti Murahan

on Monday, August 4, 2014

Kuala Lumpur – Siapa sangka ketika hampir seluruh rakyat Malaysia senada mengutuk kezaliman rejim Zionis membunuh penduduk Palestin di Gaza, terdapat segelintir orang yang menyuarakan sokongan terbuka kepada Israel.

Beberapa individu yang dipercayai warga negara ini berbuat demikian melalui laman Facebook World Zionist Organisation-Israel, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seorang daripada mereka dengan berani memuat naik gambar serta mesej bertulis “Together we win”.

Selain itu, ada juga yang memuat naik gambar pasport dengan mesej hampir sama.

Laman sosial yang mempunyai “like” melebihi 94,000 orang itu diwujudkan bagi menyuarakan sokongan kepada Zionis.

Rata-rata status yang dimuat naik menyokong keganasan yang dilancarkan Tel Aviv ke atas penduduk Gaza.







Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abd. Rahman ketika diminta mengatakan individu yang secara terang-terangan menyokong kezaliman Zionis hanya mahukan publisiti murahan.

“Memang menjadi tren generasi Y menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan publisiti murahan. Sebenarnya individu yang menyokong Israel tidak mempunyai maklumat mengenai pergolakan yang berlaku di negara teluk itu.

“Apabila orang ramai sibuk memperkatakan mengenai hal itu di laman sosial maka dia mengambil kesempatan untuk mencuri tumpuan pengguna siber dengan menyatakan sokongan terhadap Zionis,” katanya.

Apa yang dikesalkan tindakan tidak matang yang dilakukan boleh mengundang kemarahan orang ramai.

Mengulas isu yang sama, Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor yang berpandangan golongan berkenaan terpengaruh dengan agenda tersembunyi Zionis.

“Seluruh dunia mengetahui rakyat Malaysia sentiasa bersatu memberikan bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin dan amat lantang dalam menyuarakan kritikan terhadap kezaliman Israel.

“Seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menyuarakan kritikan terhadap Zionis dan sudah tentu perkara itu menimbulkan rasa tidak senang hati kepada Israel,” katanya.

“Walaupun gambar sokongan rakyat Malaysia terhadap Zionis itu turut dikongsikan di Facebook sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), World Zionist Organisation-Israel, saya percaya perkara itu tidak dapat merosakkan imej Malaysia di mata dunia.

“Perhimpunan Selamatkan Anak-anak Gaza di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu yang mendapat sambutan menggalakkan termasuk rakyat daripada luar sudah cukup untuk membuktikan Malaysia bersatu dalam menolak penindasan ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

(VIDEO) Pelajar Rakam Adegan ‘Hisap’ Rakan Dengan Teman Lelaki

on Monday, June 17, 2013

Tarik nafas panjang apabila kami menonton video ini. Walaupun video ini bukanlah video pertama hasil nukilan anak-anak yang masih bersekolah, namun perlakuan kali ini agak mengejutkan kami.

Dalam video ini, menyaksikan sepasang pelajar sekolah telah dirakamkan aksi tak senonoh mereka berdua oleh rakan perempuan mereka sendiri.



Kami tidak pasti sejauh mana tahap maruah mereka yang sanggup berkelakuan sedemikian untuk dirakam.





Video tersebut memaparkan aksi seorang pelajar lelaki sedang melakukan sesuatu kepada dada pelajar perempuan tersebut. Kemudian mereka mula berkucupan, dan kemudiannya pelajar lelaki tersebut menarik tangan temannya itu di pehanya.

Pelajar dalam video yang diberi tajuk “Perghhh !! Faris Fatiah !sMk sri paYoNg!” berdurasi 4:42 saat itu dipercayai dari sebuah sekolah menengah di Terengganu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved