Beberapa individu yang dipercayai warga negara ini berbuat demikian melalui laman Facebook World Zionist Organisation-Israel, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Seorang daripada mereka dengan berani memuat naik gambar serta mesej bertulis “Together we win”.
Selain itu, ada juga yang memuat naik gambar pasport dengan mesej hampir sama.
Laman sosial yang mempunyai “like” melebihi 94,000 orang itu diwujudkan bagi menyuarakan sokongan kepada Zionis.
Rata-rata status yang dimuat naik menyokong keganasan yang dilancarkan Tel Aviv ke atas penduduk Gaza.
Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abd. Rahman ketika diminta mengatakan individu yang secara terang-terangan menyokong kezaliman Zionis hanya mahukan publisiti murahan.
“Memang menjadi tren generasi Y menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan publisiti murahan. Sebenarnya individu yang menyokong Israel tidak mempunyai maklumat mengenai pergolakan yang berlaku di negara teluk itu.
“Apabila orang ramai sibuk memperkatakan mengenai hal itu di laman sosial maka dia mengambil kesempatan untuk mencuri tumpuan pengguna siber dengan menyatakan sokongan terhadap Zionis,” katanya.
Apa yang dikesalkan tindakan tidak matang yang dilakukan boleh mengundang kemarahan orang ramai.
Mengulas isu yang sama, Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor yang berpandangan golongan berkenaan terpengaruh dengan agenda tersembunyi Zionis.
“Seluruh dunia mengetahui rakyat Malaysia sentiasa bersatu memberikan bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin dan amat lantang dalam menyuarakan kritikan terhadap kezaliman Israel.
“Seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menyuarakan kritikan terhadap Zionis dan sudah tentu perkara itu menimbulkan rasa tidak senang hati kepada Israel,” katanya.
“Walaupun gambar sokongan rakyat Malaysia terhadap Zionis itu turut dikongsikan di Facebook sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), World Zionist Organisation-Israel, saya percaya perkara itu tidak dapat merosakkan imej Malaysia di mata dunia.
“Perhimpunan Selamatkan Anak-anak Gaza di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu yang mendapat sambutan menggalakkan termasuk rakyat daripada luar sudah cukup untuk membuktikan Malaysia bersatu dalam menolak penindasan ke atas rakyat Palestin,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment