ONEXOX
BannerFans.com

Bilik operasi DAP mangsa khianat

on Saturday, April 27, 2013


SEREMBAN – Bilik operasi DAP Dun Senawang di Seremban Jaya, di sini, dibaling batu sehingga pecah tingkap dan lampu oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam satu kejadian, awal pagi semalam.

Calon DAP Dun Senawang, P Gunasekaran berkata, dia dimaklumkan perkara itu oleh salah seorang pengurus bilik operasi yang terperanjat melihat serpihan kaca dan batu bertaburan di hadapan bilik operasi ketika tiba kira-kira jam 9 pagi, semalam.

“Sejurus menerima panggilan, saya segera ke bilik operasi dan turut terperanjat melihat tingkap dan lampu pecah dan terdapat beberapa bunting dibakar.



“Saya percaya kejadian ini berlaku selepas saya dan beberapa pembantu jentera parti pulang kira-kira jam 1.30 pagi,” katanya kepada pemberita di Bilik Operasi DAP Dun Senawang, Seremban Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, calon DAP Parlimen Rasah, Teo Kok Seong dan calon DAP Dun Temiang, Ng Chin Tsai.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berhampiran menunjukkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 pagi.

“Rakaman CCTV menunjukkan terdapat lima lelaki yang menutup muka dengan baju dan topi keledar telah membakar bunting yang digantung di hadapan bilik operasi.

“Mereka juga cuba mencuri minyak diesel lori yang diletakkan di hadapan premis namun gagal,” katanya.

Gunasekaran berkata, dia percaya kesemua individu tersebut diupah untuk melakukan tindakan biadab itu.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku dan saya kesal dengan insiden yang amat memalukan ini.

“Saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban 2 dan berharap pihak polis akan melakukan siasatan dan menahan individu yang terlibat,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved