ONEXOX
BannerFans.com

4 ahli Geng Susu Kangkang diburu

on Monday, May 13, 2013


KAJANG – Geng Susu Kangkang yang mencuri susu tepung berjenama yang pernah ditumpaskan polis daerah ini pada Ogos tahun lalu kembali mengganas dengan kejadian terbaru berlaku di Pasar Raya Tesco Taman Pelangi di Semenyih di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, empat suspek yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki dipercayai warga tempatan melarikan 13 tin susu tepung pelbagai jenama yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM700.



Kejadian tersebut disedari oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang curiga dengan tindak-tanduk kumpulan tersebut termasuk tiga suspek wanita yang memakai jubah.





Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek wanita tersebut menyembunyikan tin susu tepung berjenama itu di celah kangkang masing-masing sebelum beredar.

“Pemeriksaan lanjut pihak pengurusan kemudian mendapati sebanyak 13 tin susu tepung berjenama telah hilang di pasar raya berkenaan sebelum pihak pasar raya membuat laporan polis.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved