YAN - Polis percaya ia dapat menyelesaikan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak dari jarak dekat ketika berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat di Putrajaya pada 26 April lalu ekoran penahanan seorang suspek pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya berpuas hati dengan kemajuan siasatan kes tersebut dan menganggap pembunuhan Shaharuddin bakal diselesaikan tidak lama lagi.
"Kita (polis) tidak akan berhenti melakukan siasatan kerana kes ini (bunuh Shaharuddin) serius kerana ia melibatkan cubaan untuk menakutkan pegawai awam. Saya tidak mahu ia (kejadian serupa) berlaku lagi," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini semalam.
Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan motif pembunuhan Shaharuddin.
Pada Sabtu lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun yang merupakan ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan jabatan tersebut.
Ejen kastam itu kemudian direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment