ONEXOX
BannerFans.com

Isteri Merajuk, Herman Tino Masih Cuba Memujuk

on Thursday, May 16, 2013


Penyanyi veteran, Herman Tino mengakui isterinya masih merajuk di atas keputusannya untuk turut serta bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13 ) lalu.

Pada PRU13, Herman Tino tumpas di tangan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dengan hanya meraih 340 undi.

“Saya akui sejak menceburi dunia politik ni, agak susah sedikit untuk mengaturkan rutin harian saya. Ketika saya menyuarakan mahu serius berpolitik dan bertanding pada PRU13, isteri saya pun tercengang-cengang dan dia diam membisu.



“Saya harap dia sedarlah yang dia berkahwin dengan artis dan artis ini sudah mula meminati politik. ‘Its not a big deal’. Saya sangat menyayanginya dunia akhirat. Saya tak main-main kahwin dengan dia. Kalau pun dia tidak senyum pada saya, saya tetap menyayanginya. Saya benarkan dia merajuk dan dia pun mesti membenarkan saya memujuk”, ujarnya sambil tergelak kecil kepada Malaysian Digest.





Isteri Herman Tino, Noraini Ibnu merupakan Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM dan penyampai radio saluran Klasik Nasional dikatakan kurang bersetuju dengan tindakan suaminya itu yang menyebabkan hubungan mereka suami isteri sedikit dingin.

Walaupun kalah, Herman Tino berazam akan terus berpolitik dan bersuara dalam membela nasib penduduk-penduduk di Tanjung Karang.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved