PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara hari ini bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan Kabinet baharu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam menjelaskan, Seri Paduka telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara pukul 9.30 pagi esok.
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Isnin lalu, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Tuanku Abdul Halim di Istana Negara.
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan 3 April lalu, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui oleh 28 menteri.
Banyak pihak meramalkan perubahan dalam Kabinet berikutan enam penyandang jawatan tidak bertanding manakala dua lagi kalah pada PRU-13.
MCA pula tidak mahu menerima sebarang jawatan ekoran prestasi parti itu pada PRU-13 adalah lebih buruk berbanding pilihan raya umum tahun 2008.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment