ONEXOX
BannerFans.com

Punca menyamar jadi pegawai MPS minta duit tersebar akhirnya

on Thursday, November 5, 2015



SEREMBAN - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) membuat laporan polis berhubung dua lelaki menyamar sebagai pegawai daripada jabatan terbabit untuk menipu orang ramai.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd Halim Abd Latiff berkata, dua lelaki yang datang ke rumah penduduk di Taman Panchor Jaya dan Taman Sri Pulai 3 di sini, kelmarin, bukan kakitangan MPS.

Sebaliknya, katanya, kedua-duanya menyamar sebagai kakitangan PBT terbabit bertujuan untuk menipu mangsa bagi mendapatkan wang.

Menurutnya, lelaki tidak dikenali itu mendakwa mereka sebagai pegawai di Jabatan Perancang MPS untuk memeriksa rumah penduduk.

“Kedua-dua mereka pergi ke setiap rumah penduduk, kononnya mahu memeriksa rumah dan bangunan yang diubah suai.

“Apabila rumah penduduk didapati melakukan sambungan haram, mereka akan meminta wang sebagai bayaran denda,” katanya.

Menurutnya, penduduk yang berasa was-was dengan tindakan kedua-dua lelaki itu segera memaklumkan kepada pegawai MPS.

“Pegawai saya segera ke rumah penduduk dan hasil siasatan mereka mendakwa dari Jabatan Perancang. Pegawai berasa musykil kerana kerja-kerja pemeriksaan ubah suai bangunan dilakukan Jabatan Bangunan bukannya Jabatan Perancang.

“Pegawai saya juga tidak kenal kedua-dua lelaki itu dan mereka juga bukan kakitangan atau bekas kakitangan MPS,” katanya di sini, semalam.

Abd Halim berkata, pegawainya bagaimanapun berjaya mengambil gambar dan membuat rakaman video kedua-dua lelaki terbabit sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

“Kita sudah membuat laporan polis tentang perkara ini dan gambar serta rakaman video telah kita serahkan kepada polis. Kita minta polis siasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua lelaki ini,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Halim menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menyamar kakitangan MPS.

“Kalau ada kakitangan MPS yang datang mahu memeriksa rumah atau memungut cukai dan seterusnya meminta wang, saya minta orang ramai agar tidak serahkan duit kepada mereka.

"Ini kerana kakitangan kita tidak dibenarkan memungut cukai atau wang dari rumah ke rumah.

“Jika terdapat kejadian seperti ini, kita minta orang ramai untuk segera membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, pembayaran cukai hanya boleh dibuat melalui Pejabat MPS, Pejabat PBT yang lain, Pejabat Pos dan pembayaran online banking.

Sementara itu, foto dua lelaki yang menyamar itu turut tersebar dalam laman sosial Facebook selain video berdurasi 1:40 yang dirakamkan ketika pegawai berkenaan sedang berada di hadapan sebuah rumah penduduk.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved