ONEXOX
BannerFans.com

KPDNKK perlu awasi harga tong gas

on Friday, May 24, 2013


KUALA PILAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau harga kawalan tong gas memasak.

Penduduk, Anuar Mahmud, 43, berkata, kementerian perlu mengawasi harga satu gas kerana ia didapati berbeza-beza di setiap tempat.

Menurutnya, di kampung, mereka perlu membayar harga untuk satu tong gas sebanyak RM27 hingga RM30.



"Harga yang meningkat ini benar-benar membebankan penduduk. Kadang kala peniaga kedai runcit seolah-olah meletakkan harga satu tong gas sewenangnya tanpa ada pengawasan tetap.

"Jika perkara ini tidak dikawal dengan baik, berkemungkinan para peniaga mengambil kesempatan sekali gus mendatangkan masalah kepada kami penduduk luar bandar," katanya yang tinggal di Kampung Inas, dekat sini.





Sementara itu, Abd Razak Khalid, 48, turut meminta pihak KPDNKK mengawal harga satu tong gas secara lebih terperinci dan berhemah.

"Harga satu tong gas baru boleh mencecah RM88 hingga RM90. Jika sudah ada tong, gas hanya boleh ditambah dengan harga RM27 hingga RM28. Harga di setiap kampung berbeza-beza, mungkin murah sikit jika di bandar.

"Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku. Jika harga semakin tinggi, ia mendatangkan masalah kepada kami yang kurang berpendapatan. Oleh demikian, pihak KPDNKK perlu menyiasat perkara tersebut supaya masalah ini tidak berleluasa," katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved