GEORGETOWN – Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.
Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.
Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.
Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik.
Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 4 comments... read them below or add one }
malu tetap malu tapi ini berlaku hari-hari dimalaysia, adakan hukum hudud baru dapat dielakkan.
May 24, 2013 at 5:49 AM
Pohon pastikan sama ada gambar di atas adalah gambar ditempat kejadian atau gambar sekadar hiasan sebelum disebar..ditakuti menjadi fitnah...kerana menyebarkan fitnah juga adalah dosa besar...wallahhualam. ..
May 24, 2013 at 6:23 AM
sape untung,sape rugi,
May 24, 2013 at 6:41 AM
semuanya yang terjadi kerana bersebab....tapi kalau nafsu lebih tinggi dari iman hukum hakam habis semua langgar...
May 24, 2013 at 6:49 AM
Post a Comment