ONEXOX
BannerFans.com

Peguam Aidil Zafuan maut kemalangan

on Saturday, May 4, 2013


SEREMBAN – Peguam yang mewakili pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak, Noor Ariff Delia Ramli, 36, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah lori tangki di Jalan Persiaran Senawang di sini kelmarin.

Pada kejadian pukul 9.40 malam itu, Noor Ariff meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.



Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 dalam perjalanan dari rumahnya di Senawang menuju ke Plaza Tol Senawang untuk ke Seremban 2.





Katanya, tiba di lokasi kejadian, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit dari arah bertentangan tiba-tiba membelok ke kanan.

“Mangsa yang tidak sempat membrek kemudiannya melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut sebelum tercampak kira-kira dua meter.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya di sini semalam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Bicara Legal said...

Al-fatihah buat sahabatku Nur Ariff Delia Binti Siti Aishah. Semoga rohmu tenang disisiNya, semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat olehNya, semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 beriman, amin... Perginya seorang sahabat yang amat baik, tak lokek dengan senyuman yang manis, ditambah dengan lesung pipitnya, seorang yang suka berbudi, ringan tulang... seorang sahabat yang setia mendengar. Budi baikmu ku kenang jua... "salam beb!" begitulah cara kau tegur aku bila jumpa/ hantar sms / mesej di FB.
-mary-


May 4, 2013 at 6:43 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved