ONEXOX
BannerFans.com

Sakan Kadir Jasin kutuk BN

on Wednesday, May 1, 2013

The Scribe A Kadir Jasin adalah salah satu blog peminat UMno atau kerajaan yang seronok untuk dibaca. Tulisan terbaru Kadir Jasin, Akhirnya Kita Sendirilah Yang Kena Putuskan lain macam sedikit kali ini. Biasanya dia akan bersama kerajaan dan kini ada sindiran tajam daripadanya.



Antara tulisannya;

  • Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi.
  • Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri.
  •  ….kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat.
  • Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai.
  • Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M.
  • Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena.
  • Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved