ONEXOX
BannerFans.com

Hakim Kes A.Kugan Bersara

on Saturday, June 29, 2013

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, yang sangat dihormati rakan sejawatan atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menegakkan keadilan sistem kehakiman, bersara pada hari jadi ke-65nya, Jumaat.

Berita persaraannya memeranjatkan ramai pengamal undang-undang termasuk staf beliau yang mengaku mereka langsung tidak mengetahui perkara itu apabila ditanya oleh pemberita mengenai persaraan Singham.

Menurut Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, persaraan Singham pada usia 65 tahun adalah persaraan wajib kerana Singham memilih untuk bersara pada usia itu ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66, beberapa tahun lepas.



Seorang pekerja kanan beliau yang enggan namanya disiarkan, menggambarkan Singham sebagai seorang perahsia yang tidak mahu persaraannya diheboh-hebohkan.

Ditanya sama ada penghakimannya pada Rabu lepas mengenai kes A. Kugan ada kaitan dengan keputusan Singham untuk bersara, pekerjanya itu berkata: "(Sebab)mengenalinya, saya ragu-ragu kes itu ada kena-mengena dengan keputusan beliau."

Singham yang berasal dari Taiping, Perak, berkhidmat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama lebih tiga tahun.

Beliau pernah berkhidmat di mahkamah di Taiping, Ipoh dan Kuantan.

Seorang lagi pekerjanya berkata Singham tiba di pejabatnya pada pukul 7 pagi dan adakalanya lebih awal.

"Beliau mungkin meninggikan suara kepada peguam di mahkamah tetapi amat jarang terhadap kami. Beliau cuma mahu stafnya cekap dalam mengendalikan tugas yang diserahkan dan belajar daripada kesilapan," kata pekerja itu.





Penghakiman terakhir Singham ialah pada hari Rabu lepas apabila beliau memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada seorang suri rumah, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.

Dalam penghakimannya, Singham memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim (ketika itu Ketua Polis Selangor) bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan di dalam pejabat awam.

Pada 2007, ketika berkhidmat di Mahkamah Tinggi Ipoh, Singham menjadi tumpuan ramai pengamal undang-undang kerana membuat kritikan terhadap golongan peguam muda yang dianggapnya kurang berkaliber.

Beliau dipetik berkata bukan sahaja kualiti dalam kalangan peguam merosot, ramai antara mereka juga tidak serius dalam menjalankan tugas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved