ONEXOX
BannerFans.com

Jangan Hina Nabi Muhammad – PAS

on Monday, June 10, 2013

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak membuat kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW bagi menjaga sensitiviti antara agama di negara ini.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, DPPM memandang serius tindakan beberapa individu yang menggunakan medium laman sosial Facebook untuk menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

“DPPM menganggap tindakan individu terbabit telah menghina dan mengguris perasaan penganut agama Islam keseluruhannya. Mereka ini perlu diadili dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.



“Justeru kami bersetuju dengan langkah yang diambil Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak polis untuk menangkap individu terbabit dan mengheret mereka ke mahkamah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairul Faizi juga mengingatkan semua pihak bahawa menghina Nabi Muhamamd SAW adalah suatu perkara yang serius dan kerajaan tidak boleh berkompromi atau berdiam diri dengan membiarkan Nabi Muhammad SAW terus dipersenda oleh penganut agama lain.

Jelasnya, Islam mengajar penganutnya supaya menghormati agama lain dengan tidak memburuk-burukkan atau mempersenda agama lain dan sebegitu juga Islam melarang penganut agama lain mempersenda agama Islam.





Tambah beliau, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang dipilih oleh Allah SWT menjadi Rasul dan baginda mempunyai sifat maksum (tiada cacat cela) maka tidak ada manusia boleh menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak mengharamkan penggunaan laman media sosial seperti Facebook dan Twitter hanya kerana perkara tersebut kerana ia adalah medium yang mudah untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat.

“Disebalik perkara negatif yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, masih banyak ruang positif yang boleh dimanfaatkan melalui facebook dan laman sosial yang lain termasuk aspek berdakwah dan menyebarkan kebaikan Islam kepada masyarakat,” katanya lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved