ONEXOX
BannerFans.com

JOM BANTU: Baru lahir dah 2 kali bedah

on Thursday, June 27, 2013

Kuala Lumpur: Seorang wanita dari Kampung Gajah, Perak meminta sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan bayi lelakinya yang menghidap sakit jantung kronik.

Muhammad Adam Mukhriz Kamarudin yang baru berusia 18 hari menjalani dua prosedur pembedahan semalam di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) di sini, dengan kos RM50,000.



Menurut Jamaliah Sulaiman, 36, anaknya mengalami tiga masalah di bahagian jantung iaitu jantung terbalik, jantung berlubang dan saluran darah ke jantung yang sempit.





“Doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan Adam Mukhriz lemah dan mengidap komplikasi jangkitan.

“Pembedahan pada jam 12 tengah hari ini (semalam) mungkin mengambil masa enam jam kerana dua prosedur pembedahan dilakukan serentak bagi membetulkan kembali jantungnya yang bermasalah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved