Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat ‘menegur’ FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.
“Terpulang kepada FAM…ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini hari ini
“Biar ahli bercakap…kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain,” katanya.
Khairy, bagaimanapun berkata FAM sepatutnya mendengar pendapat ramai, khususnya peminat bola sepak tempatan.
Baru-baru ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mempersoal FAM mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.
Beliau berkata FAM sepatutnya menyalurkan wang berkenaan bagi membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan.
Namun, sehingga kini, FAM mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
be firm as minister..
June 17, 2013 at 6:01 PM
Post a Comment