Katanya beliau menyambut baik hasrat Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang bercadang mengaturkan perjumpaan antara badan induk bola sepak kebangsaan itu dengan beliau, namun menegaskan agar perbincangan itu akan membabitkan mereka yang mempunyai kuasa membuat keputusan bagi kedua-dua pihak.
"Saya nak dengar daripada peringkat (pemimpin) yang tinggi (dalam FAM) seperti imbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...pemimpin tertinggi FAM) yang mempunyai kuasa.
"Kita nak bincang soal masa depan bola sepak negara, saya nak bersemuka dengan FAM dan tidak menerusi media...perjumpaan itu biarlah mereka yang ada kuasa untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, di sini, hari ini.
Hamidin dalam laporan media hari ini berkata FAM dijangka mengadakan perbincangan dengan Khairy bagi menjelaskan situasi terbaru melibatkan badan induk itu serta perancangan program pembangunan bola sepak negara pada masa depan.
Sebelum ini, Khairy dilihat ‘patah hati’ dengan FAM selepas enggan mengulas berhubung kemelut terbaru yang melanda badan induk itu melibatkan wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M) kepada persatuan bola sepak negeri-negeri.
Khairy juga dipetik sebagai berkata FAM perlu mendengar pandangan anggota gabungan yang berpengalaman sekiranya tidak mahu mendengar cakapnya yang dianggap sebagai 'menteri hingusan'.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment