Pemain dari Nigeria itu hanya masuk sebagai pemain gantian pada 20 minit terakhir ketika Kelantan menewaskan Pahang 2-0 dalam aksi Liga Super Selasa lalu namun tahap prestasinya dilihat lebih baik berbanding Indra Putra Mahayuddin yang belum pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama pada pertembungan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Ternyata beban yang digalas pemain berusia 27 tahun itu amat besar apatah lagi kelibatnya bakal dibayangi kejayaan bekas pemain import Mohammed Ghadar yang cemerlang membantu skuad The Red Warriors (TRW) menjulang Piala FA musim lalu dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Sime Darby.
Namun Nwakaeme menegaskan dia tidak mengejar kemashyuran peribadi sebaliknya lebih mengutamakan kejayaan pasukan.
“Sasaran saya untuk membantu Kelantan mengekalkan kejuaraan, saya tidak mempunyai misi peribadi. Saya tidak kisah siapa yang akan menjaringkan gol tapi yang penting Kelantan menang,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment