Posting berkenaan telah menimbulkan kemarahan pelayar internet, masyarakat Islam dan bukan Islam, apabila pasangan berkenaan memaparkan sekeping gambar mereka sedang makan bak kut teh (hidangan daging babi).
Dalam akaun Twitter milik pasangan tersebut, @AlviviSwingers, mereka memaklumkan bahawa akaun Facebok tersebut terpaksa ditutup selepas mereka menerima 'kritikan dan maklumbalas yang negatif daripada pengujung laman web tersebut.
Pasangan berkenaan turut menggunakan bahasa kasar dalam tweet yang berikutnya, mereka menyalahkan orang awam, media dan pihak pentadbir akaun Facebook ekoran penutupan akaun mereka.
Kurang daripada 24 jam selepas mereka memuat naik gambar kontroversi berkenaan, pasangan tersebut menerima lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan yang disifatkan biadap dan tidak peka terhadap sentsitivi masyarakat Islam di Malaysia.
Terdahulu Tan memberitahu The Star mereka memuat naik gambar berkenaan, tanpa sebab munasabah dan sekadar satu bahan guraan.
Selepas mendapat kritikan yang negatif, mereka memuat naik gambar yang baru pada Jumaat, dengan memaparkan 'hidangan babi' tersebut disorokkan dibelakang makanan halal.
Kapsyen gambar tersebut turut diubah daripada "Selamat Berbuka Puasa" kepada "Ampunkanlah Kami".
Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini turut memuat naik rakaman video diri mereka mengadakan hubungan seks.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment