Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.
Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.
Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.
Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.
Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.
Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat.
Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.
Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.
Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.
Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.
Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
janji dia dh kawin...dr org yg tak kawin2 n terus buat dosa...pk la..
July 20, 2013 at 10:33 PM
no comment.. Tunggu & lihat saje apa yang akan jdi in future.. Maaf zahir batin..
July 20, 2013 at 10:49 PM
Dengan isteri pertama dikatakan tiada zuriat....baru dua tahun dah mengamuk...nakkan zuriat!! tapi pastikah dengan isteri kedua akan dikurniakan zuriat?? sebab itu semua adalah rezeki dari allah.....buatnya bertahun2 kahwin dgn isteri kedua tiada zuriat..tup2 isteri pertama pula dapat memberikan zuriat...haa...cam na tu?
July 21, 2013 at 12:50 AM
baru 2 taun kawen dah tambah lg 1???hebat....kalau tekene batang idong sndri baru tau perit ke x kene tipu...siap dah pakai inai...x nampak mcm tegesa2 pon???...pape pon tahniah bejaya mendirikan mahligai dengan menyakitkan hati byk pihak yg rapat ngan anda...
July 21, 2013 at 8:46 AM
Post a Comment