Menurut aktress cantik ini, gambar tersebut diambil ketika beliau dan Fasha Sandha sedang menjalani penggambaran drama bersiri Tentang Hati di Port Dickson dan sewaktu gambar tersebut diambil angin bertiup kencang.
“Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut dan tidak sangka gambar itu telah mencetuskan kontroversi sehingga ada peminat memberi komen yang kurang sopan.
“Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha,” katanya.
Jelasnya lagi, seharusnya isu sebegitu tidak perlu timbul dan disebabkan itu beliau akan mengambil langkah-langkah berhati-hati selepas ini sebelum memuat naik gambar ke laman sosial.
“Untuk menggelakkan dari perkara sebegini terjadi lagi, saya perlu mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa dulu gambar saya atau individu lain yang bergambar dengan saya sebelum dimuat naik,” ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment