Sinopsis Iklan Hari Raya Petronas 2013
Memaparkan kisah pengorbanan seorang ibu yang sanggup bekerja keras dengan mengambil upah menjahit baju raya dibulan Ramadan demi membiayai yuran pengajian anak perempuannya di Universiti kelak. Selain itu, semangat perpaduan antara kaum turut dipaparkan apabila seorang lelaki cina sanggup menolong si ibu untuk menutup kedai dan mengambil berat akan kesihatannya. Tanpa erti lelah, si ibu bekerja siang dan malam untuk mencari pendapatan lebih demi anak yang tersayang. Si anak faham akan situasi ibunya dan turut bersama membantu ibunya disamping tekun belajar untuk menghadapi peperiksaan akan datang. Pada akhir video tersebut, si anak telah mendapat sepucuk surat yang menyatakan dia telah dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah Kolej. Si ibu berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi anaknya dan segala usaha mereka tidak sia-sia.
Iklan Hari Raya 2013 Terbaik Dari Petronas
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
What a drag
July 26, 2013 at 4:24 PM
film nya bikin orang nangis aja.....
July 26, 2013 at 9:47 PM
Post a Comment