ONEXOX
BannerFans.com

Keluhan peniaga ayam

on Sunday, July 28, 2013

Kuala Lumpur: Penetapan harga siling bagi 20 barang utama termasuk ayam sempena musim perayaan kali ini menerima reaksi berbeza peniaga runcit dan pasar utama yang didakwa memberi untung kecil berbanding pemborong.

Harga ayam kekal menjadi fokus utama berikutan masih ada keluhan kecil daripada peniaga berhubung harga siling ditetapkan kerajaan baru-baru ini.

Tinjauan di pasar Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul (KPKBBS) mendapati peniaga masih gagal memaparkan tanda harga merah jambu dan ayam dijual pada harga RM8.

Sementara peniaga di Pasar Keramat pula akur dengan penetapan harga dibuat, namun mengeluh kerana berdepan risiko rugi kerana berat ayam hidup yang mudah susut.

Peniaga ayam, Harun Matt, 40, berkata, keuntungan mudah diperoleh jika ayam hidup mampu disembelih dan dijual seawal mungkin, namun rugi sekiranya disimpan lama.

“Ayam (hidup) yang ada di sini ditimbang dan dibawa dengan lori kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin). Selepas tempoh 12 jam, kita masih boleh mengawal susut berat ayam.



“Namun, setiap dua jam kemudian, berat ayam berkenaan akan susut sedikit demi sedikit, sekali gus menyebabkan kerugian,” katanya.

Harun berkata, peniaga pasar basah sepertinya tidak boleh menyembelih semua ayam hidup serentak kerana boleh menjejaskan kualiti ayam.

“Pasar basah tidak sama dengan pasar raya. Di pasar raya, mereka tidak akan rugi kerana ayam disembelih dan disejukbekukan.

“Di sini (pasar), orang ramai datang untuk mendapatkan ayam segar, jadi kita tidak boleh simpan ayam disembelih dalam peti ais kerana melanggar kehendak pengguna. Sebab itu kita hanya dapat untung tipis,” katanya.





Peniaga lain, SM Ariffin, 51, pula berkata, dia menyambut baik penetapan harga siling dibuat kerajaan kerana memudahkan peniaga serta mengurangkan beban pengguna.

“Kita jual ayam macam biasa...cuma, dulu pelanggan mengeluh harga ayam RM8.50 sekilogram, tapi kini tak ada lagi yang mengadu mahal.

“Kita (peniaga) pun gembira bila harga ayam turun jadi RM7.70 sekilogram. Sekurang-kurangnya orang ramai berhenti menuding jari pada peniaga,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved