ONEXOX
BannerFans.com

Negeri Sembilan kuasa baharu

on Thursday, July 4, 2013

SKUAD Negeri Sembilan berjaya mengekalkan pingat emas rutin kombinasi pada hari terakhir acara renang berirama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dibarisi 10 perenang cilik, Negeri Sembilan berjaya mengutip 70.40 mata, hanya 0.10 mata lebih berbanding Wilayah Persekutuan yang mendapat 70.30 mata untuk pingat perak, manakala pingat gangsa menjadi milik Pulau Pinang dengan 68.60 mata.

Kejayaan mengekalkan pingat emas itu, sekali gus menjadikan Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan acara renang berirama Sukma kali ini dengan meraih tiga pingat emas dan dua perak.

Mereka berjaya mengatasi kuasa besar acara renang berirama iaitu Selangor yang hanya memperoleh tiga pingat emas.



"Ia di luar jangkaan kerana kami hanya mensasarkan dua emas. Jadi dengan tiga emas keseluruhan (kombinasi, rutin bebas berpasukan dan rutin teknikal berpasukan), ia amat mengujakan," ujar jurulatih Negeri Sembilan, Hu Shuxia.

Pengendali dari China itu menjelaskan, beliau amat berpuas hati dan pada masa sama, terkejut dengan pencapaian yang dilakar oleh anak-anak didiknya.

"Mereka bukan saja membuat rutin yang terbaik tetapi melakukannya pada tahap maksimum.





"Segala kerja keras termasuk latihan enam kali seminggu sejak awal tahun akhirnya berbaloi apabila kami membawa pulang tujuh pingat daripada lapan acara," tambahnya.

Mempertaruhkan perenang muda berusia dalam lingkungan 11 hingga 17 tahun, Shuxia cukup yakin dengan kemampuan anak-anak didiknya itu untuk memperbaiki rekod yang dilakar pada Sukma 2011.

"Pada Sukma terdahulu, kami hanya meraih satu pingat emas. Kali ini lebih baik dan dengan potensi yang ada sekarang, saya yakin mereka akan kekal sebagai juara pada Sukma akan datang," ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved