ONEXOX
BannerFans.com

Pemain JDT Kempunan Audi Q7. Nor Farhan Pandu Lamborghini Habuan Piala FA?

on Monday, July 1, 2013

Kehandalan pasukan bola sepak Kelantan kini tidak diragui lagi apabila mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut.

Pasukan Kelantan telah berjaya mempertahankan Piala FA bagi tahun 2013 selepas menungukkan Hohor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk mengharumkan nama pasukan Kelantan.

Apabila disebut soal kemenangan, pastinya ramai yang teruja dengan insentif yang diumumkan oleh Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim yang akan memberi setiap seorang daripada dua pemain terbaik JDT sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 yang berharga RM550,000.

Apabila tumbangnya JDT di tangan Kelantan, maka timbullah bisik-bisik yang mempersoal berkenaan imbuhan tersebut.

Entah apa yang berada di dalam fikiran Farhan, dia telah merakamkan video beliau mendapat kereta Lamborghini sebagai habuan Piala FA.

Mungkin video tersebut sebagai bahan jenaka dan rasanya tidak mempunyai sebarang niat untuk memerli mana-mana pihak.

Saksikan video jenaka tersebut.




Jangan marah. Ini cuma lawak hari Isnin terutama kepada mereka yang baru lepas berjam-jam duduk di bilik mesyuarat.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved