Berapa gaji atau elaun beliau?
Apakah peranan beliau?
Tidak cukupkah aspek kebudayaan ditadbir oleh seorang Menteri yang berpengalaman seperti Nazri Aziz, seorang Timbalan Menteri, seorang Ketua Setiausaha Kementerian, seorang Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Jabatan sehinggakan kerajaan memerlukan seorang penasihat bertaraf menteri?
Kita berhak membangkitkan persoalan ini kerana setiap perlantikan melibatkan WANG RAKYAT. Elaun dan gaji yang dibayar kepada beliau adalah wang rakyat.
Rais Yatim bukan satu-satunya penasihat yang bergaji lumayan yang dilantik oleh Perdana Menteri tanpa kita memahami rasionalnya.
Di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang Zainal Abidin Osman yang tewas di Parlimen Nibong Tebal semasa PRU-13 memegang jawatan Penasihat Khas Menteri.
Di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Heng Seai Kie yang tewas di Parlimen Padang Serai merupakan penasihat Kementerian tersebut.
Ng Yen Yen memegang jawatan hampir sama di dalam Kementerian Pelancongan.
Najib Razak sendiri mempunyai pelbagai penasihat yang bergaji dan berelaun.
Apakah peranan mereka? Rakyat perlu tahu berapa mereka dibayar dan apakah selama ini mereka begitu instrumental dalam pengubalan dasar negara? Berapa mesyuarat yang mereka hadiri sebulan?
Kita perlu ingat setiap sen yang dibayar kepada penasihat-penasihat adalah wang rakyat dan kita perlu bertanggungjawab kepada amanah ini.
Jika khidmat mereka benar-benar memerlukan, kita tiada masalah. Bayarlah berapa pun gaji dan elaun mereka sekiranya khidmat mereka amat diperlukan oleh negara.
Kenapa kita tidak mahu mencontohi kerajaan-kerajaan di negeri pembangkang. Sebagai contoh lihat saja latarbelakang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor. (http://perangsangselangor.com/about-us/board-directors)
Sehingga hari ini kita masih tidak dapat memahami rasional perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.
Apakah begitu sukar untuk Kerajaan melantik individu yang benar-benar layak dan berintegriti untuk membantu kerajaan mentadbir negara?
Berikut gaji penasihat-penasihat yang pernah didedahkan di Dewan Rakyat.
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis = RM27,227.20 sebulan. (Duta Khas Amerika Syarikat)
Datuk Seri S Samy Vellu = RM27,227.20 sebulan. (Duta Khas ke India dan Asia Selatan)
Tan Sri Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) = RM20,000 sebulan ( Duta Khas Perdana Menteri ke China)
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim = RM24,022 .(Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin = RM25,106 (Penasihat Agama kepada Perdana Menteri)
Tan Sri Syed Hamid Albar = RM20,000 (Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Tun Abdullah Ahmad Badawi = RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment