ONEXOX
BannerFans.com

Sakinah Tidak Layak Dikeji, Kata Kawan Baik

on Friday, July 19, 2013

Apabila tersebar kisah Ashraf Muslim berkahwin kali kedua, ramai yang mempertikaikan perkara ini.

Rata-rata melahirkan simpati kepada isteri pertama, Noor Dayana dan menyelar wanita yang dianggap orang ketiga, Wan Sakinah Ahmad Saburi. Namun sebagai mana Ashraf, Sakinah mengambil pendekatan berdiam diri.

Melihat Sakinah dicerca umum, ada antara rakannya tidak sanggup berdiam diri dan tampil membelanya.



Salah seorang adalah wartawan yang dikenali sebagai Ifqdar Rahman. Menurut Ifqdar dalam status yang dimuat naik di Facebook:

Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit perihal peribadi Wan Sakinah @ Keena (isteri kedua Ashraff Muslim) lantaran segala kutukan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Hampir 9 tahun mengenali Keena, bermula dari rakan sekolej hinggalah kepada rakan sekerja! Hubungan kami memang baik sebabnye Keena seorang yang baik, pandai bawa diri dan bijak bergaul dengan batasan. Tidak berniat untuk membela, namun hakikatnya, Keena tiada sebarang masalah attitude yang melayakkannya menerima segala kejian yang dihamburkan!

Rasanya, rakan-rakan sekolej dan sekerja mungkin akan bersetuju dengan pandangan saya ini. Jika bertentangan sekalipun, mungkin antara mereka mempunyai kisah peribadi tersendiri.

Justeru, rasa seperti tidak adil untuk orang2 di luar sana melabelkan Keena dengan pelbagai gelaran dan tohmahan hanya kerana dia menjadi isteri kedua Ashraff. Tak payah la nak buruk sangka, apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ni. Biarkan saje Ashraff sebagai ketua keluarga menguruskan perihal rumahtangganya itu.





Kita sebagai manusia yang tak sempurna manapun ini, doakan sajelah kebahagiaan mereka bertiga! Ini saje yang boleh saya katakan dan berharap orang di luar sana yang marahkan Ashraff terutamanya kaun Hawa beristighfar banyak2 sebelum mengeluarkan kata-kata yang belum tentu pastinya sahih!



Betul juga tu, mungkin orang luar tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jadi setelah membuat tindakan yang begitu – begini; marilah kita serah pada kebijaksanaan Ashraf untuk menjernihkan semula keadaan sebaik mungkin.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

betul poligami itu dibnrkan dalm islam..tapi brasskan kpd cra y btul..bkn nak mnntang poligmi..tp sbg prmpuan payah u trima..apa2 pun bia la mreka..xplu kite kurgkan phla brpuasa..doakan je y terbaik u mereka bertiga dan kluarga..
selamat berpuasa..


July 19, 2013 at 8:18 AM
Anonymous said...

Satu pun tak terhandle lagi pula nak tambah. hahaha. nafsu ni sekejap je brOo..dia punya tanggungjawab tu besar..pening woo..


July 19, 2013 at 2:55 PM
Anonymous said...

SAPE LAH DIRI KITA UNTUK MENILAI ORANG, BILA DAH KENA BATANG HIDUNG BARU TAHU....SEBAB KEHIDUPAN INI BERPUSING....SILAP HARI BULAN MUNGKIN KENA KAT KITA, KELUARGA,RAKAN BAIK ATAU SAUDARA MARA... LUMRAH KEHIDUPAN CEPAT SANGAT MENJATUHKAN HUKUMAN TANPA MENILAI...KITA SEPATUTNYA JADIKAN PENGAJARAN


July 19, 2013 at 6:25 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved