ONEXOX
BannerFans.com

VIDEO: Kalau Tempat Orang Kaya Cepat Je Lif Dibaiki..

on Tuesday, July 23, 2013

**Klip dan berita ini ditujukan secara khusus kepada DBKL dan datuk bandar…agar kejadian ini menghantui mereka yang mengambil mudah tanggungjawab masing-masing.

“Adik ingat raya kali ni adik nak raya lama dekat Kelantan,” itulah kata-kata Allahyarham Khairul Amir Azri Lani, 11 yang masih segar dalam ingatan kedua ibu bapanya.

Allahyarham yang mesra dipanggil Amir maut selepas pulang dari sekolah ketika keluar dari lif di Tingkat 3 Blok 8, PPR Desa Tun Razak dalam tragedi 17 Julai lalu.

MyNewsHub telah melawat dan menemubual keluarga arwah yang terpaksa menempuh dugaan yang cukup menghibakan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Bapa mangsa, Lani Abdul Manan, 43, menyifatkan arwah yang merupakan anak ketiga dari lima adik beradik seorang yang baik dan tidak pernah menyusahkannya.

“Dia (Amir) hidup dengan saya dah 11 tahun. Tiba-tiba jadi macam ni saya tak boleh nak terima.

“Bagi saya dia tak pernah susahkan saya. Apa yg dia nak mungkin lambat sikit saya tunaikan tapi saya usahakan untuk dia. Dia tak pernah susahkan ayah dia sendiri,” jelas Lani yang tidak mampu menahan sebak.

Ketika kejadian, Lani sedang bertugas di Seremban dan terus bergegas pulang ketika mendapat panggilan kecemasan daripada isterinya.

Ibu mangsa, Nor Hazilah Mat Zain, 39, menitiskan air mata apabila terpaksa meruntun semula kenangan bersama anaknya itu.

Menurut Hazilah, arwah adalah seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang lain.

“Letak lah dia dekat mana tempat pun, dia boleh berkawan dengan orang.

“Kalau dia naik bas dia boleh berborak dengan pemandu bas. Kalau dia balik kampung, dengan orang kampung dia boleh bercampur,” ujar Hazilah sambil menitiskan air mata.

Ibu mana yang mampu menahan kesedihan tatkala anak yang telah lama dibesarkan bersama pergi buat selama-lamanya.

“Saya redha dengan pemergian dia. Tapi akak sedih sebab benda ini terjadi dalam keadaan mengejut,” tambahnya.

Dalam pada itu, Lani berasa sedikit ralat kerana dia baru menyedari dalam tempoh sebulan ini dia tidak begitu rapat dengan arwah.

Bukan itu sahaja, arwah merupakan seorang pelajar yang bergiat secara aktif di sekolah dan mewakili sekolah dalam beberapa acara sukan.

Bagi Hazilah, arwah tidak menunjukkan perubahan yang ketara sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Permintaan arwah untuk beraya di Kelantan ditunaikan ibu bapanya apabila arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Bachok, Kelantan.

Pada masa yang sama, ibu bapa arwah melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap syarikat penyelenggara lif serta pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hazilah mohon supaya DBKL memandang serius perkara tersebut dan amat berharap perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

“Bila tak kena mereka ambil sambil lewa. Bila dah kena, baru nak ambil serius,” ujar Hazailah dalam nada kesal.




Bagaimana perasaan seorang ibu dan ayah yang menjalani ibadah puasa tanpa seorang anak?

Apakah makna Aidilfitri tahun ini kepada mereka?





Saksikan video temubual eksklusif kami bersama keluarga Allahyarham Khairul Amir Azri.

Kami warga MyNewsHub mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved