ONEXOX
BannerFans.com

Punca Pelajar Makan Dalam Bilik Persalinan Bukan Tandas

on Tuesday, July 23, 2013

Punca sebenar pelajar dipaksa makan dalam bilik persalinan dan bukan di tandas. Sekarang ni, tersebar beberapa keping foto kontroversi yang mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya ibu bapa. Menurut laporan terkini, pelajar bukan islam tersebut diarah untuk makan di bilik persalinan sepanjang bulan Ramadan. Ikuti penjelasan dari seorang guru sekolah rendah Sri Pristana Selangor mengenai isu tersebut.

Penjelasan Guru Isu Pelajar Makan Dalam Bilik Persalinan



Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka.Pada masa yang sama, bilik tersebut telah dinaiktaraf dan juga tiada yang mandi dan membuang air besar dalam bilik persalinan tersebut.

Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera.

Untuk mengelakkan spekulasi seperti ini, pihak sekolah diarah untuk mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai kantin. Harap kejadian seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.





Gambar Pelajar Bukan Muslim Dipaksa Makan Dalam Bilik Persalinan






Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved