Wanita terbabit yang datang dari sebuah negeri utara tanah air bersama dua anak lelakinya bermalam di rumah lelaki terbabit yang didakwa sebagai sepupunya.
Wanita berusia 27 tahun itu membawa bersama dua anak lelaki berusia tujuh dan empat tahun ketika ditangkap bersama pasangannya yang berusia 30 tahun.
Paid melakukan serbuan ke atas rumah lelaki terbabit selepas menerima aduan awam.
Wanita terbabit mendakwa berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Bera dan bermalam di rumah lelaki terbabit hanya untuk semalaman dan akan pulang keesokan harinya.
Wanita terbabit yang masih bersuami mendakwa ibunya tahu dia bermalam di rumah lelaki terbabit tetapi suaminya tidak tahu.
Lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan mengaku mengahwini sepupu kepada wanita yang ditahan dan telah bercerai Disember tahun lalu.
Kedua-duanya ditahan awal pagi kelmarin dan diambil keterangan sebelum tindakan lanjut ke atas pasangan terbabit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 1 comments... read them below or add one }
Adakah pendedahan begini bertujuan untuk memperingatkan atau mengaibkan? Kalau tersebar luas dalam media alternatif ini, adakah akan sekadar menyebarkan maklumat atau dapat membenteras maksiat ini dengan efektif? Moga2 yg baik sahaja, Allah Maha Mengetahui. Laksanakan HUKUM ALLAH, semuanya akan berehhhh. YAKIN!
July 6, 2013 at 11:38 PM
Post a Comment