Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, G Perumal, 59, dari Port Dickson maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Seremban selepas menghantar muatan gas petroleum cecair (LPG) ke Balakong, Selangor.
“Siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam dari jejambat.
“Mangsa kemungkinan tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan dan diseret sejauh beberapa meter,” katanya di sini, semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment